Tuesday, September 24, 2013

Masuk PLKN

Pengalaman Sebelum, Semasa, dan Selepas

Saya dulu terpilih sebagai pelatih kumpulan 1 Siri 9/2012. PLKN di Semenyih, Salangor.(Kem Setia Ikhlas Semenyih,Selangor –KEMSIS-
Sebelum PLKN: 31 Dis 2012 – malam tu, saya buat ayah marah, sebab saya rasa saya x bersalah jadi saya bersuara dengan mak.. Saya luah depan mak, pastu mak bgithu ayah pasal apa yang saya luahkan, saya tak ingt apa yang buat saya dengan ayah bertengkar malam tu, Dan masa ayah membebel tu, dia ckap macamni “kamu tu jgan nak kurang ajar, esok kamu pergi PLKN dekat semenanjung lagi tu, ingat dekat kah” saya bila ayah bertengkar saya diam jer, saya bukan jenis yang suka melawan cakap orang tua.
1 Jan 2013 – Pagi2 lagi mak bangunkan saya, sebab kena berkumpul semua pelatih di Parking kereta depan Hospital Lau King Howe, Sibu, Sarawak pkul 7am. Mak x dapat temankan saya ke tempat tu sbb kami masa tu belum ada kereta, Cuma ada 1 motosikal, masa nak pergi dah tu dari rumah lagi saya bersiap dan ayah jugak yang hantar saya ke tempat berkumpul para pelatih tu. Ayah mula2 tu bawa saya ke tempat mereka kerja, mak masa tu dah kat tempat kerja, sepanjang ayah hantar tu, ayah diam jer.. x banyak cakap.
Dah cium tangan mak, tgk wajah mak pun dah tahu mak Nampak sedih, sebab saya akan ke semenanjung hari tu, dan mungkin mak masih ingat lagi pasal saya kena marah malam tu. Lepas jer salam trus la ayah hantar ke tempat berkumpul pelatih PLKN. Sesampai di tempat tu, ayah parking motosikal dia dan dia tolong saya bawa beg saya. Saya bawa dokumen2 pendaftaran masa tu,
Semasa saya berbaris untuk pendaftaran.. saya jeling wajah ayah dari jauh Nampak sedih, mungkin dia masa tu rasa bersalah sebab marah saya malam tu dan pagi tu saya trus ke semenanjung. Habis daftar tu ayah Tanya masa pendaftaran tu tiada masalah, saya jawab tiada dan tak lama pastu bas PLKN Sibu datang nak hantar kami ke airport Sibu. Sebelum saya masuk bas tu Ayah cakap nak balik dulu. Saya cakap ok, dan dia trus hidupkan enjin moto dia dan balik. Masa tu saya belum lagi masuk dalam bas.
Pelatih lain saya Nampak smua parents tunggu anak dia masuk bas baru mereka balik, ada yang tunggu bas jalan baru balik, tp ayah saya dulu balik. Saya ada jgak terfikir, mungkin dia terlalu sedih sebab ingat pasal malam tu dan pgi tu sy g jauh, mungkin dia rasa bersalah lagi sedih. Dah naik bas tu, saya masih jgak sdih.. ingt psl mlm tu..
Sampai di KLIA, saya mesej ayah bgthu dah sampai KLIA, pastu ayah call, saya jawab dan dia pesan supaya jaga diri, dan dia Tanya nak berbual dengan mak, saya ckap x sbb kami nak dgr taklimat. Sebelum naik bas ke Semenyih Selangor.
Sampai di Kem PLKN Setia Ikhlas, kami yang datang ni trus kna tengking jurulatih. Saya biasa2 je masa tu.Sampai di asrama, jurulatih ckap hp kna bagi mrka, hujung minggu klau xda aktiviti je boleh pegang.
Sebelum bagi hp tu saya kol parents ni dlu nak bgthu dah selamat tiba di kem, hbis bgthu tu bagi hapla kat jurulatih.
Semasa PLKN: Hari berganti hari, minggu berganti minggu.. saya mula dapat selesakan diri di tempat org, di PLKN banyak yang saya belajar benda baru. Mula2 masuk tu memang stress nak balik jer sbb boring kot. Tp dah 2 bulan di situ rasa seronok pula, Tiap2 pagi kna bngun awal solat subuh, habis solat ada senaman, senaman habis ada masa breakfast dan buat persiapan ke kelas, dalam kelas jgak kami belajar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Ada buat aktiviti, Solat memang 5 waktu sehari, sebelum ni mmg payah nak solat. Sebelum solat ada berzikir, semasa setiap berzikir ni smua benda sy fikir, firstly pasal parents yang ada di sibu. Saya rasa berslah sangat2 buat mereka macam tu sebelum saya berangkat ke kem.
Klau diberi hp, mmg saya akan kol mereka.. nak bagithu minta maaf, saya malu dan saya tak biasa bagithu mrka minta maaf.

Cuti tahun baru cina, saya balik d rumah abg, abg saya tinggal di rumah flat di jalan cheras masa tu. Slma sminggu duduk dgn abg.. Masa abg pergi ambik saya di Kem tu, kesian jgak dgn abg sbb abg terpaksa buang duit nak masuk ke semenyih dgn kereta sewa yang ajak mahal tambangnya. Sampai kat kem pun pukul 10pm, kesian jugak tgk dia,, sampai kem ada la jurulatih ni Tanya abg dah makan belum, abg ckap belum dan jurulatih tu ajak abg makan dulu sebelum balik. Tgk abg makan masa tu memang Nampak lapar, mungkin masa dia nak ambik saya, dia x makan dan sanggup tahan perut tambahan lagi kena kluar duit lebih nak masuk ke kem.
Habis makan abg minta jurulatih hantar kami ke KTM Selangor, sebab dah pkul 10pm suku, xda lagi kenderaan. Nasib staff plkn tu nak hantarkan. Smpai di KTM abg blikan tiket dan kami dua naik KTM tu smpai ke Chan Siew Lin (klau x silap) sbb nak transit naik LRT lagi untuk sampai ke pandan jaya. Alhamdulillah malam tu sampai rumah jam 12am. Selama sminggu saya ditemankan oleh abg jalan2 ke sekitar Kuala Lumpur.
Habis je cuti tu, abg nak hantar saya ke kem tu lagi ada problem lagi, nak masuk ke dalam kem tu jauh, nak jln kaki memang x larat la, saya dan abg cri kereta sewa yang murah utk bawakan saya ke Kem tu, abg x ikut lagi sbb dia cakap duit dia ckup je tinggal. Jadi tmbang sewa kereta yang hantar saya tu abg yang bayarkan.
Sampai di kem, saya masih berkesempatan ikut kawan2 guna bas PLKN ke negeri Sembilan, dan tempat lain masa tu.Dan habis cuti kami mula buat aktiviti seperti biasa di kem tu. Sebelum balik ke Sarawak, abg hari ahad tu nak hantar barang untuk saya bawa balik, dia suruh saya jumpa dia di jalan utama masuk kem tapi saya ckap xdpt sbb kami mmg x dpt kluar kem, Cuma pelawat boleh masuk tp kmi pelatih x dibenarkan kluar kem, lagipun masa tu saya tengah bertugas. Abg sampai jalan kaki nak hantar barang tu pada sy, sbb xda duit nak guna krta sewa.. Abg masa tu adalah marah sikit sbb sy x ikut ckap dia tp apa boleh buat, keadaan saat tidak mengizinkan. Sampai di Kem jgak abg masa tu, dia bagi barang dan trus balik, mungkin tgh marah, saya nak bagi duit elaun pertama saya untuk belanja dia balik ke KL tapi dia menolak, rasa bersalah pun ada, rasa macam saya ni menyusahkan pun ada.
Selepas: masa nak balik ke Sarawak, kawan-kawan yang dari semenanjung memang menangis nak tinggalkan kami.. saya pun xnak menangis tapi xdpt tahan airmata jgak mengalir, sampai di KLIA, rasa macam xnak balik sbb seronok PLKN, tp rasa kuat jgak nak balik sbb setelah sekian lama x jumpa parents. Memang rindu sangat.. Sampai saja di Sibu, diman tempat kami mula2 berkumpul masa tu, ayah pun sampai jgak walaupun lambat. Dan ayah pun dah ok dah, x mrh2 lagi. Setiap apa yang saya lalui ini memang banyak pahit manis. Hanya Tuhan saja yang tahu situasi masa tu. Dan itulah kali terakhir saya buat parents saya marah. Selepas ni apa2 salah silap saya xkan lawan walaupun bukan salah saya. Sebab mereka lah Ayah Ibu kita satu satunya di Dunia ini. Nasihat saya ialah jagalah dan jgnlah melawan Ibu dan Ayah kita.

Pertama kali berkenalan dengan perempuan


Kisah ni berlaku pada waktu malam, dan pukul 8-10pm. Tarikh masa tu dah lupa sebab kisah ni agak lama, mungkin masa tu saya berumur  5-7 tahun, sekarang dah 19 tahun. Nak diceritakan kisahnya macamni.
Seperti biasa kedua-dua parents kalau dapat gaji trus ke pasar, abang dan adik masa tu saya dah tak ingat mereka di mana tp yang pasti parents sy ni bawa saya skali ke pasar bersama mereka. Kami masa tu guna motosikal, maklum la parents masa tu kerja kilang..belum mampu nak bli kereta. Jalan punya jalan, dalam pukul 9pm mcm tu, parents saya ni singgah di taman permainan dkat Esplanet, Sibu Sarawak. Masa mereka borak2 ni, mereka ada suruh saya ni main dkat taman permainan tu, saya pun masa tu jenis yang tak banyak cakap. Pergi je la kat taman tu.
Masa sya tgh duduk dkat taman permainan tu, masih saya ingat ada seorang budak perempuan, mungkin lebih tua dari saya, saya pun kurang ingt dah.. perempuan tu klau x silap sy dia guna baju gaun putih, rasanya la sbb dah lma sngt kan.
Ohya nak bgithu jgak masa tu saya belum tahu sangat nak berkomunikasi dalam bahasa melayu. Sbb saya biasa Cuma dengar parents bertutur dalam bahasa melanau, saya ni bangsa melanau. Dah la saya ni pendiam, budak perempuan tu tetiba datang dan duduk di tepi saya di taman tu, x tahu la dia dari mana.
Bila dah duduk perempuan tu tanya la saya, dengan siapa saya datang, saya diam dan tunjuk jer parents saya yang duduk dalam 100m dari jarak kami berdua. Pastu perempuan tu Tanya nama saya, saya masa tu diam je (x tahu mcmna nak jawab sbb x tahu lagi nak berkomunikasi) pastu prmpuan tu stop Tanya dan kami main permainan dkat taman tu sama-sama.
Tengah syok main permainan dkat taman tu, dalam 30 minit pastu parents sy ni panggil dan cakap balik rumah, saya pun masih kecik, ikut je arahan parents dan perempuan tu senyum tapi saya tak tahu knapa saya berat nak tinggalkan perempuan tu, perempuan tu penah ckap,” jumpa lagi” saya cuma senyum tapi memang berat rasa nak balik.
Dah duduk kat depan motosikal, masa ayah dah tunggang tu, saya masih lagi tengok perempuan tu di taman permainan tu dan angkat tangan.. macam melambai. Saya pun masa tu x da perasaan. Tp rasa sedih, tak tahu la knapa.
Sampai sekarang pun saya masih lagi ingat kisah tu dan saya berharap sampai ke hari ni supaya saya dapat dipertemukan balik dengan perempuan tu. Dalam seminggu saya mesti ingt kisah ni dan berdoa supaya saya jumpa balik dengan perempuan tu.
Saya dah tak tahu macamna saya nak cari budak perempuan tu sebab kisah tu dah lama berlalu, mungkin dia dah besar dan tak ingat kisah ni, mungkin jgak dia dah meninggal, atau mungkin apa yang saya Nampak tu bukan manusia tapi makluk lain. Yang saya ingat masa tu rupa dia, rambut dia x la panjang, mungkin paras bahu, putih dan suka senyum.
Pernah nak Tanya balik kat parents pasal hal ni tapi bila difikir balik memang mereka tak ingat sbb parents ni bnyak lagi benda nak diingat. Jadi apa yang saya buat ialah saya Cuma mampu simpan cerita ni dalam hidup saya. Sekian. Thanks sebab sudi baca kisah saya ni.

Wednesday, September 11, 2013

Bermulanya 'post' saya yang pertama

Sebab utama saya membuat blog ini adalah untuk meluahkan rasa yang terpendam didalam hati ini.. Selalunya post di FaceBook, dan WeChat..Tapi saya rasa apa yang saya post ini lebih baik dipost ke dalam blog supaya ini boleh mengelakkan salah faham antara keluarga dan kawan-kawan. Publish pada 09:59AM 11 Sept 2013.