Thursday, July 3, 2014

First real love in my life

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kali ni sy nk kongsi skit pengalaman sy couple dengan kenalan perempuan melalui sosial aplikasi Wechat.

Pada 12 Januari 2014, iaitu pertemuan kami bermula apabila sy cari kawan melalui "People Nearby" dalam wechat. Dan pada hari tu jgak hati sy kuat untuk bertemu dengan perempuan itu, bukan sebab dia cantik, tp sebab sy tgk kelakuan dia blh thn baiknya. Dulu kawan-kawan sama skolah pernah ckap, klau berminat dengan seseorang itu haruslah kita yang memulakan dengan mencari perempuan itu tnpa pengetahuan dia..

So hri tu jgak sy mencari perempuan tu sampai dpt di kawasan Bandar Sibu. Klu yang saya guna ialah dari latar belakang gmbr yg dia ambil.. Sy tgk latar blkng dia bnyk dgn beg2, dalam fikiran dah set tempat, iaitu tempat yang banyak jual beg hanya 2 tempat. Tempat pertama ialah di Sibu Heritage, dimana kawasan itu dulu dinamakan kawasan taman orang-orang tua, dan tempat kedua ialah di sebelah kiri bangunan Jun Rong, sbb kawasan situ jgak banyak beg2 yang dijual.

Tempat pertama iaitu di Sibu Heritage, tidak jumpa perempuan tu sbb di situ smuanya org tua2, pastu secara tiba-tiba hati ni kuat mngatakan perempuan tu berkeja di kedai beg yang ada di Sebelah Bangunan Jun Rong. Sesampai saja di situ, sy ternampak la perempuan tu di salah satu kedai yg menjual beg di situ, mula2 tu agak segan skit nk jumpa sbb sy jnis yg tak dpt nk cam sngt muka perempuan di dalam gambar dan di depan2.

Mula2 tu exsen la konon nya tgk brg2, tp sbnrnya msih nak cam muka dia, bila sy rasa perempuan yang dalam wechat tu dia, trus sy ni tunjuk gmbr tu dgn dia dan tanya itu gmbr dia ke tak. First tu dia mmg tak mengaku tp dalam sehari dua pastu bru la dia gthu yg itu ada lah dia. Rasa mcm x cya jgak sbb dia penah bgthu yg dia kerja kutip tin sbb masa tu mmg dia jual mhl skit, biasala kn.. xkn nk bgthu trus trang dgn org yg bru knal..tul tak.. hihi..

Berkenalan punya kenal dan setelah sebulan berkawan.. Entah tiba2 hati dan perasaan ni sangat caring pasal dia.. tnya dh mndi blum, dah mkn blum.. klau x msj trus risau.. Kerisauan ini timbul apabila suatu hri tu dia sakit demam panas, saya suruh dia ni telan ubat panadol, tp dia tak nak telan sbb katanya pahit. Pastu bila dipaksa dia ckap panadol di rumah dah habis, pada malam tu jgak sy trus ke mana2 farmasi n blikn dia panadol yg jnis masuk dlm air tu, bila dah bli, mlm tu jgak mlm pertama saya tahu rumah dia.

Malam pertama ajak dia keluar rmh, kami jalan2 di Bandar Sibu, dan sy tlah bawa dia di Taman Pulau Li Hua, dimana tmpt tu di tepi sungai rejang.. Agak mlm n gelap jgak masa tu, dan masa tu sy meluahkan perasaan sy ni pada dia.. mula2 tu feeling dia biasa je sbb dia ni mcm tak percaya sngat dengan kata-kata lelaki. Biasala kn sblum ni dia penah crita yg lelaki yg minat dia dlu tinggalkn dia mcm tu ja.

Selang hari dalam 5 hri mcm tu, dia minta jumpa sbb nak luah rasa cinta dia tu pulak, dia ajak la lepak di Taman Pintu gerbang yang tidak jauh dari tempat dia kerja.. Balik saja sy dari kerja, trus ke tmpt tu sbb dia ckap masa dia skjap sja sbb pkul 7pm dia dh start keje balik. So sampai kat tmn tu macam biasa la kan kami bual kosong, smpai satu masa tu dia uji sy dgn m'brithu yg dia sblum ni dah ada calon.. tp dia xnk bgthu mula2 tu, entah knpa airmata sy ni mula mengalir bila dia ckap dia dh ada calon. Tapi dalam hati sy, semangat yg ada pada diri sy tdi menyatakan org yg dia mksd kn tu ialah Saya sdiri, masa nk pkul 7pm tu dia bangun dengan mengejut dan bgthu yg calon yg dia mksdkn tu ialah Saya dan dia trus berlari, mungkin sbb dia malu.

Alhamdulillah gelap 3 bulan couple, kami penah cadang nak bli baju raya untuk tahun ni sama warna.. iaitu warna merah, sbb dia mmg minat merah dan putih. Jadi perancangan tu kami dah simpan dan dia bgthu bju raya dia nk bli hujung bulan 4. Masa dlm 3-4 bulan couple tu sy sllu jgak dating kat beranda rumah dia, dapur.. Pinjam2 novel dan suatu hri tu dia telah membelikan saya satu tuala yang besar berkaler ungu gelap dan minyak wangi botol besar.. saya sangat hargai pemberian tu, smpai hri ni sy masih lagi simpan tuala tu dan juga guna minyak wangi tu utk ke kuliah. Kami jgak pernah makn sama, di rumah dia.. makan masakan dia dan sy jgak bgi dia mkn masakan sy..

Setelah couple selama 5 bulan, secara tiba-tiba hati sy ni macam kna buatan org, iaitu perasaan cinta dan kasih sayang tu tetiba hilang, dan mula rasa diri ni tidak rapat seperti sblum tu.. pernah gthu dia minta break tp tak thu atas sbb apa, dari hri tu dia dah rasa kecewa, tp kami still couple cuma sy yg jarang dah mesej, kol dia slps 5 bulan couple tu, smpai ke bulan seterusnya sy dgn membranikn dri gthu dia yang minta break..Yang pasti knapa sy nk minta break sesenang mcmtu, dlu jgak sy pernah janji xkn lukai hati dia sebgaimana couple dia yg sebelum ni.

Dan pertemuan mlm yg terakhir kmi bila dia suruh jumpa dia mlm tu, rupa-rupanya dia nk bagi bekal sy yg diisi dgn nasi kuning, dimana nasi tu dia sendiri yang masak, untuk menunaikan janji  terakhir dia pada sy smsa kmi mula2 knal dlu. Dan pada hari yg sma mlm tu sy jgak membelikn dia dgn sebuah novel cinta yang saya pernah janji dgn dia dlu nk guna Rm50/- Baucer buku 1 Malaysia untuk dia.

Jadi mlm tu kami still msj bgthu a yg mskn dia ni sdap n ucap terima kasih. Dan sy dpt thu perasaan dia masa tu gembira bercampur sdih. Gembira sbb lama tak jumpa dan sdih sbb kmi break. Sy pun ada jgak rasa bersalah tp sejujurnya msa tu sy mmg rasa hilang cinta dan kasih sayang. Jadi sy nekad untuk single.

Dan kesian jgak bila dia bgthu kat sy, klau kakak dia ataupun kawan sekerja tnya psl hubungan kami.. dia sruh ckap masih couple, sy mmg sdih bila dia merayu klau og tnya pasal relay, jawab msh couple.. Apabila tiba masanya saya hendak sambung study ke PoliMukah, masa otw nk balik kampung tu sy jumpa dia untuk memberitahu yg sy dah nk balik, jumpa dia di tempat dia kerja.. Kesian jgak tgk dia alone kn, hm..

Selepas kami break.. dan 6 bulan dah kmi knal iaitu 12hb 6, sy tunggu dia wish untuk hari jadi sy dan ulangtahun knal kmi.. tp xda, dan sy fikir maybe dia xda krdt.. Sminggu yg lepas, dia tetiba msj bgthu happy befday kat sy dan dia bgthu dia minta maaf sbb hri tu dia xda krdt nk wish.

Dan hari ni 3hb 7 2014, dimana hari ni hari jadi dia, so nak wish dia, krdt yg ada di hp sy ni dah exp, jdi wish je a di facebook, tp facebook jarang dia buka. Jadi hari ni segala apa yg saya pernah korbankn untuk dia, sepanjang sy di Sibu, tetiba teringat kembali.. kisah2 pahit manis kmi.. bnyk yg kam lalui bersama.. cuma sy pendekkn sdikit cerita ni.. Dan harapan sy, sy hrp dia dpt jumpa lelaki yang lebih baik dari sy selepas ni dan tidak berlaku kepada dia untuk kali ke-3.. Maaf ya sayang.. sy x boleh nk truskn hbngn kita, lagipun skrng ni sy nk focuskn pasal kerjaya sy dlu, nk kejar target n cita-cita. Dan sy skrng nk seribu juta kawan tp xnk bercinta.. ya cinta itu sangat menyakitkan bila kita mengabaikan seseorang itu.. Sekian, TQ sbb sdi baca entri kali ni.. :'(

Wednesday, June 25, 2014

Hari pertama mendaftarkan diri ke Politeknik Mukah, Sarawak.

Pengalaman sebelum dan semasa ke Politeknik Mukah.

               Setelah selesai menghabiskan zaman persekolahan di Sekolah Menengah Teknik Bintulu, Sarawak selama 2 tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2011. Dengan lepasan sijil SPMV,saya telah bercadang dan ingin menlanjutkan pelajaran di Politeknik Mukah, Sarawak (PMU).

Semasa berada di Tingkatan 4, iaitu minggu pertama saya berada di Sekolah Teknik Bintulu tu, kursus yang saya ambil pada masa itu adalah Amalan Bengkel Mesin (ABM), dlm minggu pertama dah saya minta tukar ke kursus yang lain iaitu Binaan Bangunan, disebabkan cikgu yang mengajar kursus tersebut agak garang dan saya hairan dalam kursus tu xda seorang pun perempuan. Jadi saya bercadang nk tukar la ke kursus Binaan Bangunan. Selama 2 tahun belajar tentang Bangunan, dari asas bangunan hinggalah ke bumbung bangunan, kami telah membina satu pondok kecil dimana pembinaan itu dinilai sebagai kerja amali kami selama 2 tahun. Apa yang kami buat ni sebenarnya lebih kurang je dengan Kursus Kejuteraan Awam cuma kami takda belajar Add Math, Civil Engineering dan Sains Tulen. Tapi dari segi kerja kursus, autocad sebenarnya sama.

Sebelum masuk ke politeknik ni, saya telah pun masuk ke tingkatan 6 selama 3 minggu sahaja. Sebabnya tak sangka pula saya telah ditawarkan ke PoliMukah. Memang saya tertunggu-tunggu sebenarnya keputusan tu keluar cuma xpasti berjaya ke tak. Di tingkatan 6 tu Subjek yg kmi bljr semuanya subjek teras, dan yang paling saya tak suka kalau subjek Sejarah. Dahla subjek Sejarah paling saya ni tak suka, tambhan lagi bila sejarah yang ingin kami bljr tu Sejarah Dunia. Saya dah termenung hari tu, dapat ke tak saya skor untuk markah sejarah, sedangkan tingkatan 4 dan 5 result sejarah ni nyawa2 ikan, hari2 tidur dlm kelas walaupun duduk paling depan. Pendek kata memang tak minat la nak berimegin zaman sejarah ni.

Sehabis saja cuti gawai Jun 2012, saya telah mendaftar ke politeknik mukah pada 8 Julai 2012. Keluarga kami Alhamdulillah masa tu baru nak memiliki sebuah kereta, sebelum ni cuma ada motosikal. Sebab kalau belum memiliki kereta, agaknya mcmner la ye nk hantar saya ke poli tu, dahla memang xpernah pergi Mukah walaupun Mukah diantara bandar yang paling dekat dengan Sibu. Masa on the way ke poli tu smuanya bergantung pada papan tanda yang ada di Sepanjang jalan dari Matu ke Mukah.

Sesampai di poli pada jam 9pagi mcmtu, petunjuk arah laluan ke kafeteria masa tu ialah peta yang terdapat di dalam buku rujukan pendaftaran pelajar baharu sesi jun 2012 yang saya muaturun sendiri dari laman sesawang PMU. Masa tu tengok bangunan2 yang ada di poli ni besar2 semuanya, sampai saya terfikir kalau saya berada dalam poli ni, mungkin boleh sesat :P . Minggu pertama tu mcm biasa a minggu suai kenal. Macam2 la yang fasi2 A-team ni buat kat kami yang junior2 ni, ahaha.. seronok jgak kan sbb Seminggu je dalam 3 tahun berada di poli.

Masuk minggu ke-2, saya sorang je otw nak g klas, masa tu tak thu lagi kan mana klas untuk IT, JPA dan JMSK, jadi pagi tu nk g kelas kat JPA, entah kenapa masa on the way tu boleh sesat, tak tahu nak g mana, jalan punya jalan sebab taktahu nak pergi mana, ikut je junior2 yang lain, last2 tu jalan sampai di Jabatan JKE baru tnya junior2 yg lain, JPA kat bngunan sblh mna, yg junior tu g tunjuk a jalan nk ke JPA, dlm hti mengatakan, punya la jauh sy jalan smpai ke JKE. huahua.. Biasala first day kan xda kawan, mana tahu nak g mana.. Sampai d JPA saya masuk ke kelas DIP1A dimana kelas tu kelas sy untuk (programming) semester 1. Jadi first masuk kelas tu kan, terkejut jgak sbb dalam klas tu seramai 12 org je. Masa tu subjek Communicative English 1 yang diajar oleh Encik Kamal. Dan masa tu jgak dlm sejarah saya dilantik menjadi Ketua kelas untuk kelas kami, ingat ketua untuk subjek tu je tp bila tgk untuk semua kelas dan semua Semester. Selepas masok ke Subjek seterusnya di jabatan JTMK, x ingt la subjek apewr tp berkaitan dengan IT, memang bler sbb dari belajar tentang Bangunan di SM Teknik trus belajar iT, sy mohon pun masa tu pilihan pertama Kejuruteraan Awam, tp entah knapa boleh ke IT programming, sbb kursus tu pilihan ke 4 (kalau x silap).

Masa tu minat jgak dgn komputer, tp x thu sngt pasal komputer.. Newbie kan, hihihi.. tp sekarang dah masok semester 5, Alhamdulillah saya masih mampu bertahan sampai sekarang walaupun ada subjek yang gagal dan perlu di'carry' ke sem 5 ni, Nak carry subjek ni memang kna drop 2 Subjek sbb dah xda pilihan sbb subjek dlm jadual bnyk 'clash'. Ye la dah x bbrpa minat kan dengan program2 ni, tapi lebih kepada teknikal, masa Latihan Industri pun mner de pegang program, Sbb sy bahagian technician, mmg minat pun nk jdi Technical Support, ahaha.. Pendek kata biasa la tu kan, dari kegagalan itu lah yang akan memberi semangat kepada kita untuk perbaiki subjek tu walaupun kite x suka.. kna terima je a sbb dah mmg kursus tu mcm tu.

Dan dalam semester seterusnya berkemungkinan saya kena extend 1 sem untuk menamatkan Sijil Diploma saya ni sebab saya nak perbaiki pointer saya yang lepas2.. Semester ni pun pinjaman PTPTN dah sekat pinjaman saya sbb PNM kurang dari 2.00.. So kna berjimat la untuk semester ni. Lepas ni nak upkan pointer yg turun. Berat dan sdih jgak nak extend sbb tgk kawan2 smua mcm tak extend untuk 3 tahun mereka berada di poli ni, namun saya mesti bertahan jgak, sbb seseorang itu akan berjaya jgak walaupun sedikit demi sedikit usaha yg dilakukan. Lumrah kehidupan sebagai manusia jika kita gagal. Sbb gagal sekarang tidak bermakna kita gagal untuk selamanya.

Dan di poli ni, mungkin ada diantara lecture dan student yg tak suka dengan sikap saya, di sini saya nk minta maaf smua salah silap saya dari semester2 yang lepas, saya dah lupakan hal tu tapi melihat sesetengah lecture mcm masih lagi memendam rasa atas prangai saya yg dulu, xsenyum, xlayan, saya reda je sbb sy thu mmg slh sy.. Cuma nk minta tlg jgn berdendam la ye? Ye la kan memang semua tu ada yg ckap mmg salah saya tp saya masih tabah dan cool.. Sebab masalah sy bkn ni je, bnyk lagi.. sbb tu sy still cool, xnk la nk share kat smua masalah peribadi... kan? Jadi semester ni keputusan saya, saya akan lebih banyak berdiam diri dari dulu, dan lebih menyendiri berbanding dulu.. Sorry ya kawan2 dan Lecture2. Mungkin inilah cara saya untuk tidak menimbulkan masalah.