Wednesday, June 25, 2014

Hari pertama mendaftarkan diri ke Politeknik Mukah, Sarawak.

Pengalaman sebelum dan semasa ke Politeknik Mukah.

               Setelah selesai menghabiskan zaman persekolahan di Sekolah Menengah Teknik Bintulu, Sarawak selama 2 tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2011. Dengan lepasan sijil SPMV,saya telah bercadang dan ingin menlanjutkan pelajaran di Politeknik Mukah, Sarawak (PMU).

Semasa berada di Tingkatan 4, iaitu minggu pertama saya berada di Sekolah Teknik Bintulu tu, kursus yang saya ambil pada masa itu adalah Amalan Bengkel Mesin (ABM), dlm minggu pertama dah saya minta tukar ke kursus yang lain iaitu Binaan Bangunan, disebabkan cikgu yang mengajar kursus tersebut agak garang dan saya hairan dalam kursus tu xda seorang pun perempuan. Jadi saya bercadang nk tukar la ke kursus Binaan Bangunan. Selama 2 tahun belajar tentang Bangunan, dari asas bangunan hinggalah ke bumbung bangunan, kami telah membina satu pondok kecil dimana pembinaan itu dinilai sebagai kerja amali kami selama 2 tahun. Apa yang kami buat ni sebenarnya lebih kurang je dengan Kursus Kejuteraan Awam cuma kami takda belajar Add Math, Civil Engineering dan Sains Tulen. Tapi dari segi kerja kursus, autocad sebenarnya sama.

Sebelum masuk ke politeknik ni, saya telah pun masuk ke tingkatan 6 selama 3 minggu sahaja. Sebabnya tak sangka pula saya telah ditawarkan ke PoliMukah. Memang saya tertunggu-tunggu sebenarnya keputusan tu keluar cuma xpasti berjaya ke tak. Di tingkatan 6 tu Subjek yg kmi bljr semuanya subjek teras, dan yang paling saya tak suka kalau subjek Sejarah. Dahla subjek Sejarah paling saya ni tak suka, tambhan lagi bila sejarah yang ingin kami bljr tu Sejarah Dunia. Saya dah termenung hari tu, dapat ke tak saya skor untuk markah sejarah, sedangkan tingkatan 4 dan 5 result sejarah ni nyawa2 ikan, hari2 tidur dlm kelas walaupun duduk paling depan. Pendek kata memang tak minat la nak berimegin zaman sejarah ni.

Sehabis saja cuti gawai Jun 2012, saya telah mendaftar ke politeknik mukah pada 8 Julai 2012. Keluarga kami Alhamdulillah masa tu baru nak memiliki sebuah kereta, sebelum ni cuma ada motosikal. Sebab kalau belum memiliki kereta, agaknya mcmner la ye nk hantar saya ke poli tu, dahla memang xpernah pergi Mukah walaupun Mukah diantara bandar yang paling dekat dengan Sibu. Masa on the way ke poli tu smuanya bergantung pada papan tanda yang ada di Sepanjang jalan dari Matu ke Mukah.

Sesampai di poli pada jam 9pagi mcmtu, petunjuk arah laluan ke kafeteria masa tu ialah peta yang terdapat di dalam buku rujukan pendaftaran pelajar baharu sesi jun 2012 yang saya muaturun sendiri dari laman sesawang PMU. Masa tu tengok bangunan2 yang ada di poli ni besar2 semuanya, sampai saya terfikir kalau saya berada dalam poli ni, mungkin boleh sesat :P . Minggu pertama tu mcm biasa a minggu suai kenal. Macam2 la yang fasi2 A-team ni buat kat kami yang junior2 ni, ahaha.. seronok jgak kan sbb Seminggu je dalam 3 tahun berada di poli.

Masuk minggu ke-2, saya sorang je otw nak g klas, masa tu tak thu lagi kan mana klas untuk IT, JPA dan JMSK, jadi pagi tu nk g kelas kat JPA, entah kenapa masa on the way tu boleh sesat, tak tahu nak g mana, jalan punya jalan sebab taktahu nak pergi mana, ikut je junior2 yang lain, last2 tu jalan sampai di Jabatan JKE baru tnya junior2 yg lain, JPA kat bngunan sblh mna, yg junior tu g tunjuk a jalan nk ke JPA, dlm hti mengatakan, punya la jauh sy jalan smpai ke JKE. huahua.. Biasala first day kan xda kawan, mana tahu nak g mana.. Sampai d JPA saya masuk ke kelas DIP1A dimana kelas tu kelas sy untuk (programming) semester 1. Jadi first masuk kelas tu kan, terkejut jgak sbb dalam klas tu seramai 12 org je. Masa tu subjek Communicative English 1 yang diajar oleh Encik Kamal. Dan masa tu jgak dlm sejarah saya dilantik menjadi Ketua kelas untuk kelas kami, ingat ketua untuk subjek tu je tp bila tgk untuk semua kelas dan semua Semester. Selepas masok ke Subjek seterusnya di jabatan JTMK, x ingt la subjek apewr tp berkaitan dengan IT, memang bler sbb dari belajar tentang Bangunan di SM Teknik trus belajar iT, sy mohon pun masa tu pilihan pertama Kejuruteraan Awam, tp entah knapa boleh ke IT programming, sbb kursus tu pilihan ke 4 (kalau x silap).

Masa tu minat jgak dgn komputer, tp x thu sngt pasal komputer.. Newbie kan, hihihi.. tp sekarang dah masok semester 5, Alhamdulillah saya masih mampu bertahan sampai sekarang walaupun ada subjek yang gagal dan perlu di'carry' ke sem 5 ni, Nak carry subjek ni memang kna drop 2 Subjek sbb dah xda pilihan sbb subjek dlm jadual bnyk 'clash'. Ye la dah x bbrpa minat kan dengan program2 ni, tapi lebih kepada teknikal, masa Latihan Industri pun mner de pegang program, Sbb sy bahagian technician, mmg minat pun nk jdi Technical Support, ahaha.. Pendek kata biasa la tu kan, dari kegagalan itu lah yang akan memberi semangat kepada kita untuk perbaiki subjek tu walaupun kite x suka.. kna terima je a sbb dah mmg kursus tu mcm tu.

Dan dalam semester seterusnya berkemungkinan saya kena extend 1 sem untuk menamatkan Sijil Diploma saya ni sebab saya nak perbaiki pointer saya yang lepas2.. Semester ni pun pinjaman PTPTN dah sekat pinjaman saya sbb PNM kurang dari 2.00.. So kna berjimat la untuk semester ni. Lepas ni nak upkan pointer yg turun. Berat dan sdih jgak nak extend sbb tgk kawan2 smua mcm tak extend untuk 3 tahun mereka berada di poli ni, namun saya mesti bertahan jgak, sbb seseorang itu akan berjaya jgak walaupun sedikit demi sedikit usaha yg dilakukan. Lumrah kehidupan sebagai manusia jika kita gagal. Sbb gagal sekarang tidak bermakna kita gagal untuk selamanya.

Dan di poli ni, mungkin ada diantara lecture dan student yg tak suka dengan sikap saya, di sini saya nk minta maaf smua salah silap saya dari semester2 yang lepas, saya dah lupakan hal tu tapi melihat sesetengah lecture mcm masih lagi memendam rasa atas prangai saya yg dulu, xsenyum, xlayan, saya reda je sbb sy thu mmg slh sy.. Cuma nk minta tlg jgn berdendam la ye? Ye la kan memang semua tu ada yg ckap mmg salah saya tp saya masih tabah dan cool.. Sebab masalah sy bkn ni je, bnyk lagi.. sbb tu sy still cool, xnk la nk share kat smua masalah peribadi... kan? Jadi semester ni keputusan saya, saya akan lebih banyak berdiam diri dari dulu, dan lebih menyendiri berbanding dulu.. Sorry ya kawan2 dan Lecture2. Mungkin inilah cara saya untuk tidak menimbulkan masalah.