Thursday, July 3, 2014

First real love in my life

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Entri kali ni sy nk kongsi skit pengalaman sy couple dengan kenalan perempuan melalui sosial aplikasi Wechat.

Pada 12 Januari 2014, iaitu pertemuan kami bermula apabila sy cari kawan melalui "People Nearby" dalam wechat. Dan pada hari tu jgak hati sy kuat untuk bertemu dengan perempuan itu, bukan sebab dia cantik, tp sebab sy tgk kelakuan dia blh thn baiknya. Dulu kawan-kawan sama skolah pernah ckap, klau berminat dengan seseorang itu haruslah kita yang memulakan dengan mencari perempuan itu tnpa pengetahuan dia..

So hri tu jgak sy mencari perempuan tu sampai dpt di kawasan Bandar Sibu. Klu yang saya guna ialah dari latar belakang gmbr yg dia ambil.. Sy tgk latar blkng dia bnyk dgn beg2, dalam fikiran dah set tempat, iaitu tempat yang banyak jual beg hanya 2 tempat. Tempat pertama ialah di Sibu Heritage, dimana kawasan itu dulu dinamakan kawasan taman orang-orang tua, dan tempat kedua ialah di sebelah kiri bangunan Jun Rong, sbb kawasan situ jgak banyak beg2 yang dijual.

Tempat pertama iaitu di Sibu Heritage, tidak jumpa perempuan tu sbb di situ smuanya org tua2, pastu secara tiba-tiba hati ni kuat mngatakan perempuan tu berkeja di kedai beg yang ada di Sebelah Bangunan Jun Rong. Sesampai saja di situ, sy ternampak la perempuan tu di salah satu kedai yg menjual beg di situ, mula2 tu agak segan skit nk jumpa sbb sy jnis yg tak dpt nk cam sngt muka perempuan di dalam gambar dan di depan2.

Mula2 tu exsen la konon nya tgk brg2, tp sbnrnya msih nak cam muka dia, bila sy rasa perempuan yang dalam wechat tu dia, trus sy ni tunjuk gmbr tu dgn dia dan tanya itu gmbr dia ke tak. First tu dia mmg tak mengaku tp dalam sehari dua pastu bru la dia gthu yg itu ada lah dia. Rasa mcm x cya jgak sbb dia penah bgthu yg dia kerja kutip tin sbb masa tu mmg dia jual mhl skit, biasala kn.. xkn nk bgthu trus trang dgn org yg bru knal..tul tak.. hihi..

Berkenalan punya kenal dan setelah sebulan berkawan.. Entah tiba2 hati dan perasaan ni sangat caring pasal dia.. tnya dh mndi blum, dah mkn blum.. klau x msj trus risau.. Kerisauan ini timbul apabila suatu hri tu dia sakit demam panas, saya suruh dia ni telan ubat panadol, tp dia tak nak telan sbb katanya pahit. Pastu bila dipaksa dia ckap panadol di rumah dah habis, pada malam tu jgak sy trus ke mana2 farmasi n blikn dia panadol yg jnis masuk dlm air tu, bila dah bli, mlm tu jgak mlm pertama saya tahu rumah dia.

Malam pertama ajak dia keluar rmh, kami jalan2 di Bandar Sibu, dan sy tlah bawa dia di Taman Pulau Li Hua, dimana tmpt tu di tepi sungai rejang.. Agak mlm n gelap jgak masa tu, dan masa tu sy meluahkan perasaan sy ni pada dia.. mula2 tu feeling dia biasa je sbb dia ni mcm tak percaya sngat dengan kata-kata lelaki. Biasala kn sblum ni dia penah crita yg lelaki yg minat dia dlu tinggalkn dia mcm tu ja.

Selang hari dalam 5 hri mcm tu, dia minta jumpa sbb nak luah rasa cinta dia tu pulak, dia ajak la lepak di Taman Pintu gerbang yang tidak jauh dari tempat dia kerja.. Balik saja sy dari kerja, trus ke tmpt tu sbb dia ckap masa dia skjap sja sbb pkul 7pm dia dh start keje balik. So sampai kat tmn tu macam biasa la kan kami bual kosong, smpai satu masa tu dia uji sy dgn m'brithu yg dia sblum ni dah ada calon.. tp dia xnk bgthu mula2 tu, entah knpa airmata sy ni mula mengalir bila dia ckap dia dh ada calon. Tapi dalam hati sy, semangat yg ada pada diri sy tdi menyatakan org yg dia mksd kn tu ialah Saya sdiri, masa nk pkul 7pm tu dia bangun dengan mengejut dan bgthu yg calon yg dia mksdkn tu ialah Saya dan dia trus berlari, mungkin sbb dia malu.

Alhamdulillah gelap 3 bulan couple, kami penah cadang nak bli baju raya untuk tahun ni sama warna.. iaitu warna merah, sbb dia mmg minat merah dan putih. Jadi perancangan tu kami dah simpan dan dia bgthu bju raya dia nk bli hujung bulan 4. Masa dlm 3-4 bulan couple tu sy sllu jgak dating kat beranda rumah dia, dapur.. Pinjam2 novel dan suatu hri tu dia telah membelikan saya satu tuala yang besar berkaler ungu gelap dan minyak wangi botol besar.. saya sangat hargai pemberian tu, smpai hri ni sy masih lagi simpan tuala tu dan juga guna minyak wangi tu utk ke kuliah. Kami jgak pernah makn sama, di rumah dia.. makan masakan dia dan sy jgak bgi dia mkn masakan sy..

Setelah couple selama 5 bulan, secara tiba-tiba hati sy ni macam kna buatan org, iaitu perasaan cinta dan kasih sayang tu tetiba hilang, dan mula rasa diri ni tidak rapat seperti sblum tu.. pernah gthu dia minta break tp tak thu atas sbb apa, dari hri tu dia dah rasa kecewa, tp kami still couple cuma sy yg jarang dah mesej, kol dia slps 5 bulan couple tu, smpai ke bulan seterusnya sy dgn membranikn dri gthu dia yang minta break..Yang pasti knapa sy nk minta break sesenang mcmtu, dlu jgak sy pernah janji xkn lukai hati dia sebgaimana couple dia yg sebelum ni.

Dan pertemuan mlm yg terakhir kmi bila dia suruh jumpa dia mlm tu, rupa-rupanya dia nk bagi bekal sy yg diisi dgn nasi kuning, dimana nasi tu dia sendiri yang masak, untuk menunaikan janji  terakhir dia pada sy smsa kmi mula2 knal dlu. Dan pada hari yg sma mlm tu sy jgak membelikn dia dgn sebuah novel cinta yang saya pernah janji dgn dia dlu nk guna Rm50/- Baucer buku 1 Malaysia untuk dia.

Jadi mlm tu kami still msj bgthu a yg mskn dia ni sdap n ucap terima kasih. Dan sy dpt thu perasaan dia masa tu gembira bercampur sdih. Gembira sbb lama tak jumpa dan sdih sbb kmi break. Sy pun ada jgak rasa bersalah tp sejujurnya msa tu sy mmg rasa hilang cinta dan kasih sayang. Jadi sy nekad untuk single.

Dan kesian jgak bila dia bgthu kat sy, klau kakak dia ataupun kawan sekerja tnya psl hubungan kami.. dia sruh ckap masih couple, sy mmg sdih bila dia merayu klau og tnya pasal relay, jawab msh couple.. Apabila tiba masanya saya hendak sambung study ke PoliMukah, masa otw nk balik kampung tu sy jumpa dia untuk memberitahu yg sy dah nk balik, jumpa dia di tempat dia kerja.. Kesian jgak tgk dia alone kn, hm..

Selepas kami break.. dan 6 bulan dah kmi knal iaitu 12hb 6, sy tunggu dia wish untuk hari jadi sy dan ulangtahun knal kmi.. tp xda, dan sy fikir maybe dia xda krdt.. Sminggu yg lepas, dia tetiba msj bgthu happy befday kat sy dan dia bgthu dia minta maaf sbb hri tu dia xda krdt nk wish.

Dan hari ni 3hb 7 2014, dimana hari ni hari jadi dia, so nak wish dia, krdt yg ada di hp sy ni dah exp, jdi wish je a di facebook, tp facebook jarang dia buka. Jadi hari ni segala apa yg saya pernah korbankn untuk dia, sepanjang sy di Sibu, tetiba teringat kembali.. kisah2 pahit manis kmi.. bnyk yg kam lalui bersama.. cuma sy pendekkn sdikit cerita ni.. Dan harapan sy, sy hrp dia dpt jumpa lelaki yang lebih baik dari sy selepas ni dan tidak berlaku kepada dia untuk kali ke-3.. Maaf ya sayang.. sy x boleh nk truskn hbngn kita, lagipun skrng ni sy nk focuskn pasal kerjaya sy dlu, nk kejar target n cita-cita. Dan sy skrng nk seribu juta kawan tp xnk bercinta.. ya cinta itu sangat menyakitkan bila kita mengabaikan seseorang itu.. Sekian, TQ sbb sdi baca entri kali ni.. :'(

Wednesday, June 25, 2014

Hari pertama mendaftarkan diri ke Politeknik Mukah, Sarawak.

Pengalaman sebelum dan semasa ke Politeknik Mukah.

               Setelah selesai menghabiskan zaman persekolahan di Sekolah Menengah Teknik Bintulu, Sarawak selama 2 tahun, iaitu dari tahun 2010 hingga 2011. Dengan lepasan sijil SPMV,saya telah bercadang dan ingin menlanjutkan pelajaran di Politeknik Mukah, Sarawak (PMU).

Semasa berada di Tingkatan 4, iaitu minggu pertama saya berada di Sekolah Teknik Bintulu tu, kursus yang saya ambil pada masa itu adalah Amalan Bengkel Mesin (ABM), dlm minggu pertama dah saya minta tukar ke kursus yang lain iaitu Binaan Bangunan, disebabkan cikgu yang mengajar kursus tersebut agak garang dan saya hairan dalam kursus tu xda seorang pun perempuan. Jadi saya bercadang nk tukar la ke kursus Binaan Bangunan. Selama 2 tahun belajar tentang Bangunan, dari asas bangunan hinggalah ke bumbung bangunan, kami telah membina satu pondok kecil dimana pembinaan itu dinilai sebagai kerja amali kami selama 2 tahun. Apa yang kami buat ni sebenarnya lebih kurang je dengan Kursus Kejuteraan Awam cuma kami takda belajar Add Math, Civil Engineering dan Sains Tulen. Tapi dari segi kerja kursus, autocad sebenarnya sama.

Sebelum masuk ke politeknik ni, saya telah pun masuk ke tingkatan 6 selama 3 minggu sahaja. Sebabnya tak sangka pula saya telah ditawarkan ke PoliMukah. Memang saya tertunggu-tunggu sebenarnya keputusan tu keluar cuma xpasti berjaya ke tak. Di tingkatan 6 tu Subjek yg kmi bljr semuanya subjek teras, dan yang paling saya tak suka kalau subjek Sejarah. Dahla subjek Sejarah paling saya ni tak suka, tambhan lagi bila sejarah yang ingin kami bljr tu Sejarah Dunia. Saya dah termenung hari tu, dapat ke tak saya skor untuk markah sejarah, sedangkan tingkatan 4 dan 5 result sejarah ni nyawa2 ikan, hari2 tidur dlm kelas walaupun duduk paling depan. Pendek kata memang tak minat la nak berimegin zaman sejarah ni.

Sehabis saja cuti gawai Jun 2012, saya telah mendaftar ke politeknik mukah pada 8 Julai 2012. Keluarga kami Alhamdulillah masa tu baru nak memiliki sebuah kereta, sebelum ni cuma ada motosikal. Sebab kalau belum memiliki kereta, agaknya mcmner la ye nk hantar saya ke poli tu, dahla memang xpernah pergi Mukah walaupun Mukah diantara bandar yang paling dekat dengan Sibu. Masa on the way ke poli tu smuanya bergantung pada papan tanda yang ada di Sepanjang jalan dari Matu ke Mukah.

Sesampai di poli pada jam 9pagi mcmtu, petunjuk arah laluan ke kafeteria masa tu ialah peta yang terdapat di dalam buku rujukan pendaftaran pelajar baharu sesi jun 2012 yang saya muaturun sendiri dari laman sesawang PMU. Masa tu tengok bangunan2 yang ada di poli ni besar2 semuanya, sampai saya terfikir kalau saya berada dalam poli ni, mungkin boleh sesat :P . Minggu pertama tu mcm biasa a minggu suai kenal. Macam2 la yang fasi2 A-team ni buat kat kami yang junior2 ni, ahaha.. seronok jgak kan sbb Seminggu je dalam 3 tahun berada di poli.

Masuk minggu ke-2, saya sorang je otw nak g klas, masa tu tak thu lagi kan mana klas untuk IT, JPA dan JMSK, jadi pagi tu nk g kelas kat JPA, entah kenapa masa on the way tu boleh sesat, tak tahu nak g mana, jalan punya jalan sebab taktahu nak pergi mana, ikut je junior2 yang lain, last2 tu jalan sampai di Jabatan JKE baru tnya junior2 yg lain, JPA kat bngunan sblh mna, yg junior tu g tunjuk a jalan nk ke JPA, dlm hti mengatakan, punya la jauh sy jalan smpai ke JKE. huahua.. Biasala first day kan xda kawan, mana tahu nak g mana.. Sampai d JPA saya masuk ke kelas DIP1A dimana kelas tu kelas sy untuk (programming) semester 1. Jadi first masuk kelas tu kan, terkejut jgak sbb dalam klas tu seramai 12 org je. Masa tu subjek Communicative English 1 yang diajar oleh Encik Kamal. Dan masa tu jgak dlm sejarah saya dilantik menjadi Ketua kelas untuk kelas kami, ingat ketua untuk subjek tu je tp bila tgk untuk semua kelas dan semua Semester. Selepas masok ke Subjek seterusnya di jabatan JTMK, x ingt la subjek apewr tp berkaitan dengan IT, memang bler sbb dari belajar tentang Bangunan di SM Teknik trus belajar iT, sy mohon pun masa tu pilihan pertama Kejuruteraan Awam, tp entah knapa boleh ke IT programming, sbb kursus tu pilihan ke 4 (kalau x silap).

Masa tu minat jgak dgn komputer, tp x thu sngt pasal komputer.. Newbie kan, hihihi.. tp sekarang dah masok semester 5, Alhamdulillah saya masih mampu bertahan sampai sekarang walaupun ada subjek yang gagal dan perlu di'carry' ke sem 5 ni, Nak carry subjek ni memang kna drop 2 Subjek sbb dah xda pilihan sbb subjek dlm jadual bnyk 'clash'. Ye la dah x bbrpa minat kan dengan program2 ni, tapi lebih kepada teknikal, masa Latihan Industri pun mner de pegang program, Sbb sy bahagian technician, mmg minat pun nk jdi Technical Support, ahaha.. Pendek kata biasa la tu kan, dari kegagalan itu lah yang akan memberi semangat kepada kita untuk perbaiki subjek tu walaupun kite x suka.. kna terima je a sbb dah mmg kursus tu mcm tu.

Dan dalam semester seterusnya berkemungkinan saya kena extend 1 sem untuk menamatkan Sijil Diploma saya ni sebab saya nak perbaiki pointer saya yang lepas2.. Semester ni pun pinjaman PTPTN dah sekat pinjaman saya sbb PNM kurang dari 2.00.. So kna berjimat la untuk semester ni. Lepas ni nak upkan pointer yg turun. Berat dan sdih jgak nak extend sbb tgk kawan2 smua mcm tak extend untuk 3 tahun mereka berada di poli ni, namun saya mesti bertahan jgak, sbb seseorang itu akan berjaya jgak walaupun sedikit demi sedikit usaha yg dilakukan. Lumrah kehidupan sebagai manusia jika kita gagal. Sbb gagal sekarang tidak bermakna kita gagal untuk selamanya.

Dan di poli ni, mungkin ada diantara lecture dan student yg tak suka dengan sikap saya, di sini saya nk minta maaf smua salah silap saya dari semester2 yang lepas, saya dah lupakan hal tu tapi melihat sesetengah lecture mcm masih lagi memendam rasa atas prangai saya yg dulu, xsenyum, xlayan, saya reda je sbb sy thu mmg slh sy.. Cuma nk minta tlg jgn berdendam la ye? Ye la kan memang semua tu ada yg ckap mmg salah saya tp saya masih tabah dan cool.. Sebab masalah sy bkn ni je, bnyk lagi.. sbb tu sy still cool, xnk la nk share kat smua masalah peribadi... kan? Jadi semester ni keputusan saya, saya akan lebih banyak berdiam diri dari dulu, dan lebih menyendiri berbanding dulu.. Sorry ya kawan2 dan Lecture2. Mungkin inilah cara saya untuk tidak menimbulkan masalah.

Saturday, October 19, 2013

Kisah 3 Sahabat


Sahabat1: Dahagala, bli ais jum d kafe.
Sahabat2: Kauw la bli, hri ni kauw pula g kafe.
Sahabat1: Bak sni 50sen? Kita dua turun.
Sahabat3: Ala ais je pun, kauw sorang la g bawah.
Sahabat1: Segan la, okay mcmni.. Klau bli nasik skit ka sy janji sy g sorang.
Sahabat2: Okay, Sahabat 3, suru dia bli nasi dgn lauk skali.
Sahabat3: "Mencari duit2 yang masih ada di dlm bilik,seluar,laci meja..cari punya cari jumpala dlm Rm9/-."
Sahabat2: "Gembira, senyum lebar."
Sahabat1: Okay, cukup ke?
Sahabat3: Ambik hp dan kira bajet lauk guna kalkulator yg ada dlm hp. Okay jgn risau cukup tu.
Sahabat1: Pergi turun ke Kafe. Dah bli smua, baki tinggal Rm 2.10.
Sabahat1: "Dah sampai bilik letak makanan atas meja dan pulang balik baki yg lebih."
Sahabat1: Makanan dah sampai, jum makan.
Sahabat2: Habis dahulu makanan yg dia makan.
Sahabat1: Habis jgak.
Sahabat3: Last, pling last habis, tp lauk masih ada.
Sahabat1 dan 2: Nampak sngt yg dua ni lapar sngt2.
Sahabat3: habiskan lauk yang blum abis.

Moral: itu lah kehidupan kami tiga, kais pagi makan pagi, kaiz petang makan malam, haha... Susah sama susah, senang sama senang..

Tuesday, October 1, 2013

Aku, Batu Bata, dan Basikal

Ok entri kali ni saya nak cerita le sikit mcmna saya cari duit dulu masa umur 11 tahun.
Tamat je sesi persekolahan pada hujung tahun 2005, Saya dengan penuh semangat nak kerja dan dapatkan duit hasil titik peluh saya.. Masa tu parents kerja jgak so mrka xda masa nak carikan sye tempat untuk bekerja.
Minggu pertama cuti saya cari la kerja di mana-mana kawasan yang berdekatan dengan rumah saya. Untuk pengetahuan u all’s, tempat tinggal saya dulu mmg dekat dengan kawasan kilang.. So cari punya cari.. Sy jumpa la satu tempat ni, iaitu stor tempat penyimpanan barang- barang elektrik seperti Peti sejuk, Penyaman udara, Kipas dan lain2 barang elektrik. Tempat tu jgak dimana tempat pekerja membuat pemasangan semua jenis basikal dan pemasangan mesin jahit. Sebab utama saya nak kerja di situ ialah nak buat pemasangan basikal. Maklum la masa tu memang minat dengan basikal tp belum mampu lagi nak beli, Cari kerja ni pun pinjam basikkal abg.
Parents penah pesan, klau nak cari kerja kene datang awl ke tempat tu barula majikan nak ambik kita untuk bekerja. Hari Isnin, saya bangun pukul 5 pagi, Selepas sarapan saya dengan rasa semangat trus ke tempat sy nk minta kerja tu, pukul 7.30am saya dah terpacak di depan pagar bangunan tu. Kerani dtg kat situ pun pukul 7.50am. Kerani tu pun tanya, “knp awl dtg? Nk bli spare part basikal ke?” saya jawab tak tapi saya nak cari kerja. Slps tu dia ckap tunggu big bos mrka sampai.
Lebih kurang dalam pukul 8.30am, Boss tempat tu dtg guna kereta Mercedes, Ingatkan muda, skali tgk tua woo…. Lebih tua dari Datuk saya kot, haha.. Apa2 pun saya dengan penuh rasa excited trus la tanya Boss tu, ada kerja kosong ke x dan dia terima ke student kerja part time dalam 1 bulan setengah? Boz tu ckap ‘u btul2 mau kerja kah?’ saya jawab ya dgn muka excited sangat2, pastu dia suruh saya pergi ke belakang bangunan, bangunan stor tu agak besar, lebih kurang dalam 500m jauh nya dari depan ke blkng bngunan.
Dah sampai di blkng bangunan, saya hairan kenapa la dia ni bawa saya ke tempat batu bata yang banyak skali, x silap saya batu bata tu ada dlam 2 bukit yang tingginya lebih kurang 150cm. Pastu boz tu ckap, saya nak kamu angkat kesemua batu bata ni ke tingkat 3 bangunan ni, tangga untuk ke atas satu je, kat depan bangunan tampat sy tunggu tu. Skali tgk punyer la jauh, pastu nak kna angkat sampai ke tingkat 3. Boz tu cakap bata yang saya angkat ni, dia kira 5 sen untuk satu bata, Satu bata 5 sen woooo…. Tapi bila saya fikirkan balik, masa tu saya tak mengeluh pun, malah saya ckap OK je, maybe masa tu first tme kerja kot.
Dan pada hari tu jgak la sy ni kerja angkat batu bata.. Saya Cuma diberi satu guni sederhana besar dan troli kecil. First day kerja mmg sronok, rasa sronok sebab diterima majikan, hehe… Pekerja2 yang sedia ada memang ada masa tu, tp mrka buat pemasangan basikal, pasang mesin jahit dan hantar barang ke kedai guna lori syarikat. Mula2 tu letak bata ke atas troli kecil, letak dalam 3 baris keatas pastu tolak dri blkng bangunan ke depan bangunan, agak berat tapi tolak jgak, xda sapa nak tolong kan, sampai depan tangga letak batu yang kat troli tu ke dalam guni dalam 5 bata je, sbb masa tu saya mampu angkat 5 bata skali ke tingkat 3. Klau tangga bangunan tu lurus je ke atas xpa jgak, tp ni berpusing-pusing yo tangga tu. Sampai tingkat 3 susun bata tu ke tepi dinding, susun memanjang ikut dinding bangunan tu.
Kawasan atas tu memang luas, besar lagi tu, boleh tempat main bola futsal. HAbis susun macam biasa la g bawah lagi letak bata ke dalam guni dalam 5 ataupun 4 skali bawa naik ke atas. Itu la dia rutin harian selama kerja 1 bulan setengah. Dalam kita kerja mesti kita nak relax kan, tul x?? Apa yang saya hadapi klau nak relax adalah, masa kerja tu dia x pesan, klau penat relax la kejap,, tp sya sendiri buat masa relax dalam 5-10 minit duduk sorang2 kat atas tu. Kadang2 kantoi relax, kerani nmpk trus dia ckap sy ni x kerja, saya masa tu x pandai nak marah2 org yang lebih tua. So sambung la kerja. Macam biasa turun naik angkat bata, habis bata di troli ke blkng lagi ambik bata yang bertimbun blkng bangunan tu.

Rutin-rutin kerja macam tu la, klau cuaca hujan, saya disuruh menyapu kawasan luas kat atas tingkat 3 tu, kadang2 tu tengah nak ambik bata ke blkng bngunan tu, sempat jgak curi tulang tgk stok basikal baru dan tgk cara mrka pasang basikal. Masa kerja tu kan, ada satu lagu yang memberikan saya semangat untuk angkat bata tu ke tingkat 3, iaitu lagu nyanyian Groove Coverage. Antara lagu2 tu ialah lagu God is a girl, moonlight shadow, million tears, 7days and 50 days.. ala lagu techno la smua tu, haha, kekadang tu shuffle sorang2 kat atas tmpt saya susun bata2 yang dah diangkat tu. Boring kan masa tu, dan masa tu tarian Shuffle sangat femes.

Minggu terakhir saya cuti tu kan, iaitu hujung bulan disember 2005 minggu tu jgak la kerja angkat bata tu selesai… Sedap mata memandang bila Nampak kawasan yang penuh dengan timbunan bata sebelum ni jadi luas sngt2. Dan petang tu anak kepada boz tu datang.. Masih blum kawin(x tahu la skrng) tp sama la mcm bapak dia, nmpk tua, haha… Jantung berdebar2 bila anak dia tu kira semua bata-bata yang saya angkat dan susun kat atas tu.. kira punya kira, jeng-jeng…
Kesemua jumlah bata tu lebih kurang dalam 270 smua bata.. anak tauke tu cakap dia jumlahkan 300 semua bata tu, kiranya 30 tu dia bgi up la kan.. Tekan punya tekan kalkulator tu depan mata saya, (300bata X 0.5sen) so jawapan nya RM 150/- je saya dapat dalam sebulan setengah angkat bata tu..
Dapat duit je, trus nak beli apa yang diidamkan selama ni,, iaitu basikal kecik OSCAR biasa Rm 188/-, Rm38/- mak tambahkan masa tu. Beli kat tmpt tu jgak.. Rasa tum mg happy sangat dapat beli basikal sendiri dengan titik peluh sendiri. Dan sampai sekarang basikal tu masih lagi saya simpan dalam bilik. Saya xnak basikal tu jadi besi buruk ataupun dijual secondhand sbb saya sayang sangat. Ramai kawan yang minat nak bli tp tetap saya x jual.

Kalau boleh saya nak bagi anak saya guna basikal tu.( klau ada jodoh kawin). Haha… Walaupun skrng basikal tu dah x diguna lagi sbb dah ada motosikal, saya masih sayang kat basikal tu. Basikal tu jgak la peneman saya ronda seluruh kawasan Sibu, Sarawak kecuali jalan sibujaya, teku, selangau, bawang assan, tempat lain smua dah saya jelajah dengan hanya guna basikal tu.. Sayang sangat kat basikal kecik tu. Thanks Sudi baca entri kali ni.

Tuesday, September 24, 2013

Masuk PLKN

Pengalaman Sebelum, Semasa, dan Selepas

Saya dulu terpilih sebagai pelatih kumpulan 1 Siri 9/2012. PLKN di Semenyih, Salangor.(Kem Setia Ikhlas Semenyih,Selangor –KEMSIS-
Sebelum PLKN: 31 Dis 2012 – malam tu, saya buat ayah marah, sebab saya rasa saya x bersalah jadi saya bersuara dengan mak.. Saya luah depan mak, pastu mak bgithu ayah pasal apa yang saya luahkan, saya tak ingt apa yang buat saya dengan ayah bertengkar malam tu, Dan masa ayah membebel tu, dia ckap macamni “kamu tu jgan nak kurang ajar, esok kamu pergi PLKN dekat semenanjung lagi tu, ingat dekat kah” saya bila ayah bertengkar saya diam jer, saya bukan jenis yang suka melawan cakap orang tua.
1 Jan 2013 – Pagi2 lagi mak bangunkan saya, sebab kena berkumpul semua pelatih di Parking kereta depan Hospital Lau King Howe, Sibu, Sarawak pkul 7am. Mak x dapat temankan saya ke tempat tu sbb kami masa tu belum ada kereta, Cuma ada 1 motosikal, masa nak pergi dah tu dari rumah lagi saya bersiap dan ayah jugak yang hantar saya ke tempat berkumpul para pelatih tu. Ayah mula2 tu bawa saya ke tempat mereka kerja, mak masa tu dah kat tempat kerja, sepanjang ayah hantar tu, ayah diam jer.. x banyak cakap.
Dah cium tangan mak, tgk wajah mak pun dah tahu mak Nampak sedih, sebab saya akan ke semenanjung hari tu, dan mungkin mak masih ingat lagi pasal saya kena marah malam tu. Lepas jer salam trus la ayah hantar ke tempat berkumpul pelatih PLKN. Sesampai di tempat tu, ayah parking motosikal dia dan dia tolong saya bawa beg saya. Saya bawa dokumen2 pendaftaran masa tu,
Semasa saya berbaris untuk pendaftaran.. saya jeling wajah ayah dari jauh Nampak sedih, mungkin dia masa tu rasa bersalah sebab marah saya malam tu dan pagi tu saya trus ke semenanjung. Habis daftar tu ayah Tanya masa pendaftaran tu tiada masalah, saya jawab tiada dan tak lama pastu bas PLKN Sibu datang nak hantar kami ke airport Sibu. Sebelum saya masuk bas tu Ayah cakap nak balik dulu. Saya cakap ok, dan dia trus hidupkan enjin moto dia dan balik. Masa tu saya belum lagi masuk dalam bas.
Pelatih lain saya Nampak smua parents tunggu anak dia masuk bas baru mereka balik, ada yang tunggu bas jalan baru balik, tp ayah saya dulu balik. Saya ada jgak terfikir, mungkin dia terlalu sedih sebab ingat pasal malam tu dan pgi tu sy g jauh, mungkin dia rasa bersalah lagi sedih. Dah naik bas tu, saya masih jgak sdih.. ingt psl mlm tu..
Sampai di KLIA, saya mesej ayah bgthu dah sampai KLIA, pastu ayah call, saya jawab dan dia pesan supaya jaga diri, dan dia Tanya nak berbual dengan mak, saya ckap x sbb kami nak dgr taklimat. Sebelum naik bas ke Semenyih Selangor.
Sampai di Kem PLKN Setia Ikhlas, kami yang datang ni trus kna tengking jurulatih. Saya biasa2 je masa tu.Sampai di asrama, jurulatih ckap hp kna bagi mrka, hujung minggu klau xda aktiviti je boleh pegang.
Sebelum bagi hp tu saya kol parents ni dlu nak bgthu dah selamat tiba di kem, hbis bgthu tu bagi hapla kat jurulatih.
Semasa PLKN: Hari berganti hari, minggu berganti minggu.. saya mula dapat selesakan diri di tempat org, di PLKN banyak yang saya belajar benda baru. Mula2 masuk tu memang stress nak balik jer sbb boring kot. Tp dah 2 bulan di situ rasa seronok pula, Tiap2 pagi kna bngun awal solat subuh, habis solat ada senaman, senaman habis ada masa breakfast dan buat persiapan ke kelas, dalam kelas jgak kami belajar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. Ada buat aktiviti, Solat memang 5 waktu sehari, sebelum ni mmg payah nak solat. Sebelum solat ada berzikir, semasa setiap berzikir ni smua benda sy fikir, firstly pasal parents yang ada di sibu. Saya rasa berslah sangat2 buat mereka macam tu sebelum saya berangkat ke kem.
Klau diberi hp, mmg saya akan kol mereka.. nak bagithu minta maaf, saya malu dan saya tak biasa bagithu mrka minta maaf.

Cuti tahun baru cina, saya balik d rumah abg, abg saya tinggal di rumah flat di jalan cheras masa tu. Slma sminggu duduk dgn abg.. Masa abg pergi ambik saya di Kem tu, kesian jgak dgn abg sbb abg terpaksa buang duit nak masuk ke semenyih dgn kereta sewa yang ajak mahal tambangnya. Sampai kat kem pun pukul 10pm, kesian jugak tgk dia,, sampai kem ada la jurulatih ni Tanya abg dah makan belum, abg ckap belum dan jurulatih tu ajak abg makan dulu sebelum balik. Tgk abg makan masa tu memang Nampak lapar, mungkin masa dia nak ambik saya, dia x makan dan sanggup tahan perut tambahan lagi kena kluar duit lebih nak masuk ke kem.
Habis makan abg minta jurulatih hantar kami ke KTM Selangor, sebab dah pkul 10pm suku, xda lagi kenderaan. Nasib staff plkn tu nak hantarkan. Smpai di KTM abg blikan tiket dan kami dua naik KTM tu smpai ke Chan Siew Lin (klau x silap) sbb nak transit naik LRT lagi untuk sampai ke pandan jaya. Alhamdulillah malam tu sampai rumah jam 12am. Selama sminggu saya ditemankan oleh abg jalan2 ke sekitar Kuala Lumpur.
Habis je cuti tu, abg nak hantar saya ke kem tu lagi ada problem lagi, nak masuk ke dalam kem tu jauh, nak jln kaki memang x larat la, saya dan abg cri kereta sewa yang murah utk bawakan saya ke Kem tu, abg x ikut lagi sbb dia cakap duit dia ckup je tinggal. Jadi tmbang sewa kereta yang hantar saya tu abg yang bayarkan.
Sampai di kem, saya masih berkesempatan ikut kawan2 guna bas PLKN ke negeri Sembilan, dan tempat lain masa tu.Dan habis cuti kami mula buat aktiviti seperti biasa di kem tu. Sebelum balik ke Sarawak, abg hari ahad tu nak hantar barang untuk saya bawa balik, dia suruh saya jumpa dia di jalan utama masuk kem tapi saya ckap xdpt sbb kami mmg x dpt kluar kem, Cuma pelawat boleh masuk tp kmi pelatih x dibenarkan kluar kem, lagipun masa tu saya tengah bertugas. Abg sampai jalan kaki nak hantar barang tu pada sy, sbb xda duit nak guna krta sewa.. Abg masa tu adalah marah sikit sbb sy x ikut ckap dia tp apa boleh buat, keadaan saat tidak mengizinkan. Sampai di Kem jgak abg masa tu, dia bagi barang dan trus balik, mungkin tgh marah, saya nak bagi duit elaun pertama saya untuk belanja dia balik ke KL tapi dia menolak, rasa bersalah pun ada, rasa macam saya ni menyusahkan pun ada.
Selepas: masa nak balik ke Sarawak, kawan-kawan yang dari semenanjung memang menangis nak tinggalkan kami.. saya pun xnak menangis tapi xdpt tahan airmata jgak mengalir, sampai di KLIA, rasa macam xnak balik sbb seronok PLKN, tp rasa kuat jgak nak balik sbb setelah sekian lama x jumpa parents. Memang rindu sangat.. Sampai saja di Sibu, diman tempat kami mula2 berkumpul masa tu, ayah pun sampai jgak walaupun lambat. Dan ayah pun dah ok dah, x mrh2 lagi. Setiap apa yang saya lalui ini memang banyak pahit manis. Hanya Tuhan saja yang tahu situasi masa tu. Dan itulah kali terakhir saya buat parents saya marah. Selepas ni apa2 salah silap saya xkan lawan walaupun bukan salah saya. Sebab mereka lah Ayah Ibu kita satu satunya di Dunia ini. Nasihat saya ialah jagalah dan jgnlah melawan Ibu dan Ayah kita.

Pertama kali berkenalan dengan perempuan


Kisah ni berlaku pada waktu malam, dan pukul 8-10pm. Tarikh masa tu dah lupa sebab kisah ni agak lama, mungkin masa tu saya berumur  5-7 tahun, sekarang dah 19 tahun. Nak diceritakan kisahnya macamni.
Seperti biasa kedua-dua parents kalau dapat gaji trus ke pasar, abang dan adik masa tu saya dah tak ingat mereka di mana tp yang pasti parents sy ni bawa saya skali ke pasar bersama mereka. Kami masa tu guna motosikal, maklum la parents masa tu kerja kilang..belum mampu nak bli kereta. Jalan punya jalan, dalam pukul 9pm mcm tu, parents saya ni singgah di taman permainan dkat Esplanet, Sibu Sarawak. Masa mereka borak2 ni, mereka ada suruh saya ni main dkat taman permainan tu, saya pun masa tu jenis yang tak banyak cakap. Pergi je la kat taman tu.
Masa sya tgh duduk dkat taman permainan tu, masih saya ingat ada seorang budak perempuan, mungkin lebih tua dari saya, saya pun kurang ingt dah.. perempuan tu klau x silap sy dia guna baju gaun putih, rasanya la sbb dah lma sngt kan.
Ohya nak bgithu jgak masa tu saya belum tahu sangat nak berkomunikasi dalam bahasa melayu. Sbb saya biasa Cuma dengar parents bertutur dalam bahasa melanau, saya ni bangsa melanau. Dah la saya ni pendiam, budak perempuan tu tetiba datang dan duduk di tepi saya di taman tu, x tahu la dia dari mana.
Bila dah duduk perempuan tu tanya la saya, dengan siapa saya datang, saya diam dan tunjuk jer parents saya yang duduk dalam 100m dari jarak kami berdua. Pastu perempuan tu Tanya nama saya, saya masa tu diam je (x tahu mcmna nak jawab sbb x tahu lagi nak berkomunikasi) pastu prmpuan tu stop Tanya dan kami main permainan dkat taman tu sama-sama.
Tengah syok main permainan dkat taman tu, dalam 30 minit pastu parents sy ni panggil dan cakap balik rumah, saya pun masih kecik, ikut je arahan parents dan perempuan tu senyum tapi saya tak tahu knapa saya berat nak tinggalkan perempuan tu, perempuan tu penah ckap,” jumpa lagi” saya cuma senyum tapi memang berat rasa nak balik.
Dah duduk kat depan motosikal, masa ayah dah tunggang tu, saya masih lagi tengok perempuan tu di taman permainan tu dan angkat tangan.. macam melambai. Saya pun masa tu x da perasaan. Tp rasa sedih, tak tahu la knapa.
Sampai sekarang pun saya masih lagi ingat kisah tu dan saya berharap sampai ke hari ni supaya saya dapat dipertemukan balik dengan perempuan tu. Dalam seminggu saya mesti ingt kisah ni dan berdoa supaya saya jumpa balik dengan perempuan tu.
Saya dah tak tahu macamna saya nak cari budak perempuan tu sebab kisah tu dah lama berlalu, mungkin dia dah besar dan tak ingat kisah ni, mungkin jgak dia dah meninggal, atau mungkin apa yang saya Nampak tu bukan manusia tapi makluk lain. Yang saya ingat masa tu rupa dia, rambut dia x la panjang, mungkin paras bahu, putih dan suka senyum.
Pernah nak Tanya balik kat parents pasal hal ni tapi bila difikir balik memang mereka tak ingat sbb parents ni bnyak lagi benda nak diingat. Jadi apa yang saya buat ialah saya Cuma mampu simpan cerita ni dalam hidup saya. Sekian. Thanks sebab sudi baca kisah saya ni.

Wednesday, September 11, 2013

Bermulanya 'post' saya yang pertama

Sebab utama saya membuat blog ini adalah untuk meluahkan rasa yang terpendam didalam hati ini.. Selalunya post di FaceBook, dan WeChat..Tapi saya rasa apa yang saya post ini lebih baik dipost ke dalam blog supaya ini boleh mengelakkan salah faham antara keluarga dan kawan-kawan. Publish pada 09:59AM 11 Sept 2013.