Ok entri kali ni saya nak cerita le sikit mcmna saya cari
duit dulu masa umur 11 tahun.
Tamat je sesi persekolahan pada hujung tahun 2005, Saya
dengan penuh semangat nak kerja dan dapatkan duit hasil titik peluh saya.. Masa
tu parents kerja jgak so mrka xda masa nak carikan sye tempat untuk bekerja.
Minggu pertama cuti saya cari la kerja di mana-mana kawasan
yang berdekatan dengan rumah saya. Untuk pengetahuan u all’s, tempat tinggal
saya dulu mmg dekat dengan kawasan kilang.. So cari punya cari.. Sy jumpa la
satu tempat ni, iaitu stor tempat penyimpanan barang- barang elektrik seperti
Peti sejuk, Penyaman udara, Kipas dan lain2 barang elektrik. Tempat tu jgak
dimana tempat pekerja membuat pemasangan semua jenis basikal dan pemasangan
mesin jahit. Sebab utama saya nak kerja di situ ialah nak buat pemasangan
basikal. Maklum la masa tu memang minat dengan basikal tp belum mampu lagi nak
beli, Cari kerja ni pun pinjam basikkal abg.
Parents penah pesan, klau nak cari kerja kene datang awl ke
tempat tu barula majikan nak ambik kita untuk bekerja. Hari Isnin, saya bangun
pukul 5 pagi, Selepas sarapan saya dengan rasa semangat trus ke tempat sy nk
minta kerja tu, pukul 7.30am saya dah terpacak di depan pagar bangunan tu.
Kerani dtg kat situ pun pukul 7.50am. Kerani tu pun tanya, “knp awl dtg? Nk bli
spare part basikal ke?” saya jawab tak tapi saya nak cari kerja. Slps tu dia
ckap tunggu big bos mrka sampai.
Lebih kurang dalam pukul 8.30am, Boss tempat tu dtg guna
kereta Mercedes, Ingatkan muda, skali tgk tua woo…. Lebih tua dari Datuk saya
kot, haha.. Apa2 pun saya dengan penuh rasa excited trus la tanya Boss tu, ada
kerja kosong ke x dan dia terima ke student kerja part time dalam 1 bulan
setengah? Boz tu ckap ‘u btul2 mau kerja kah?’ saya jawab ya dgn muka excited
sangat2, pastu dia suruh saya pergi ke belakang bangunan, bangunan stor tu agak
besar, lebih kurang dalam 500m jauh nya dari depan ke blkng bngunan.
Dah sampai di blkng bangunan, saya hairan kenapa la dia ni
bawa saya ke tempat batu bata yang banyak skali, x silap saya batu bata tu ada
dlam 2 bukit yang tingginya lebih kurang 150cm. Pastu boz tu ckap, saya nak
kamu angkat kesemua batu bata ni ke tingkat 3 bangunan ni, tangga untuk ke atas
satu je, kat depan bangunan tampat sy tunggu tu. Skali tgk punyer la jauh,
pastu nak kna angkat sampai ke tingkat 3. Boz tu cakap bata yang saya angkat
ni, dia kira 5 sen untuk satu bata, Satu bata 5 sen woooo…. Tapi bila saya
fikirkan balik, masa tu saya tak mengeluh pun, malah saya ckap OK je, maybe
masa tu first tme kerja kot.
Dan pada hari tu jgak la sy ni kerja angkat batu bata.. Saya
Cuma diberi satu guni sederhana besar dan troli kecil. First day kerja mmg
sronok, rasa sronok sebab diterima majikan, hehe… Pekerja2 yang sedia ada memang
ada masa tu, tp mrka buat pemasangan basikal, pasang mesin jahit dan hantar
barang ke kedai guna lori syarikat. Mula2 tu letak bata ke atas troli kecil,
letak dalam 3 baris keatas pastu tolak dri blkng bangunan ke depan bangunan,
agak berat tapi tolak jgak, xda sapa nak tolong kan, sampai depan tangga letak
batu yang kat troli tu ke dalam guni dalam 5 bata je, sbb masa tu saya mampu
angkat 5 bata skali ke tingkat 3. Klau tangga bangunan tu lurus je ke atas xpa
jgak, tp ni berpusing-pusing yo tangga tu. Sampai tingkat 3 susun bata tu ke
tepi dinding, susun memanjang ikut dinding bangunan tu.
Kawasan atas tu memang luas, besar lagi tu, boleh tempat
main bola futsal. HAbis susun macam biasa la g bawah lagi letak bata ke dalam
guni dalam 5 ataupun 4 skali bawa naik ke atas. Itu la dia rutin harian selama
kerja 1 bulan setengah. Dalam kita kerja mesti kita nak relax kan, tul x?? Apa
yang saya hadapi klau nak relax adalah, masa kerja tu dia x pesan, klau penat
relax la kejap,, tp sya sendiri buat masa relax dalam 5-10 minit duduk sorang2
kat atas tu. Kadang2 kantoi relax, kerani nmpk trus dia ckap sy ni x kerja,
saya masa tu x pandai nak marah2 org yang lebih tua. So sambung la kerja. Macam
biasa turun naik angkat bata, habis bata di troli ke blkng lagi ambik bata yang
bertimbun blkng bangunan tu.
Rutin-rutin kerja macam tu la, klau cuaca hujan, saya
disuruh menyapu kawasan luas kat atas tingkat 3 tu, kadang2 tu tengah nak ambik
bata ke blkng bngunan tu, sempat jgak curi tulang tgk stok basikal baru dan tgk
cara mrka pasang basikal. Masa kerja tu kan, ada satu lagu yang memberikan saya
semangat untuk angkat bata tu ke tingkat 3, iaitu lagu nyanyian Groove
Coverage. Antara lagu2 tu ialah lagu God is a girl, moonlight shadow, million
tears, 7days and 50 days.. ala lagu techno la smua tu, haha, kekadang tu
shuffle sorang2 kat atas tmpt saya susun bata2 yang dah diangkat tu. Boring kan
masa tu, dan masa tu tarian Shuffle sangat femes.
Minggu terakhir saya cuti tu kan, iaitu hujung bulan disember
2005 minggu tu jgak la kerja angkat bata tu selesai… Sedap mata memandang bila
Nampak kawasan yang penuh dengan timbunan bata sebelum ni jadi luas sngt2. Dan
petang tu anak kepada boz tu datang.. Masih blum kawin(x tahu la skrng) tp sama
la mcm bapak dia, nmpk tua, haha… Jantung berdebar2 bila anak dia tu kira semua
bata-bata yang saya angkat dan susun kat atas tu.. kira punya kira, jeng-jeng…
Kesemua jumlah bata tu lebih kurang dalam 270 smua bata..
anak tauke tu cakap dia jumlahkan 300 semua bata tu, kiranya 30 tu dia bgi up la
kan.. Tekan punya tekan kalkulator tu depan mata saya, (300bata X 0.5sen) so
jawapan nya RM 150/- je saya dapat dalam sebulan setengah angkat bata tu..
Dapat duit je, trus nak beli apa yang diidamkan selama ni,,
iaitu basikal kecik OSCAR biasa Rm 188/-, Rm38/- mak tambahkan masa tu. Beli
kat tmpt tu jgak.. Rasa tum mg happy sangat dapat beli basikal sendiri dengan
titik peluh sendiri. Dan sampai sekarang basikal tu masih lagi saya simpan
dalam bilik. Saya xnak basikal tu jadi besi buruk ataupun dijual secondhand sbb
saya sayang sangat. Ramai kawan yang minat nak bli tp tetap saya x jual.
Kalau boleh saya nak bagi anak saya guna basikal tu.( klau
ada jodoh kawin). Haha… Walaupun skrng basikal tu dah x diguna lagi sbb dah ada
motosikal, saya masih sayang kat basikal tu. Basikal tu jgak la peneman saya
ronda seluruh kawasan Sibu, Sarawak kecuali jalan sibujaya, teku, selangau,
bawang assan, tempat lain smua dah saya jelajah dengan hanya guna basikal tu..
Sayang sangat kat basikal kecik tu. Thanks Sudi baca entri kali ni.
No comments:
Post a Comment