Saturday, October 19, 2013
Kisah 3 Sahabat
Sahabat1: Dahagala, bli ais jum d kafe.
Sahabat2: Kauw la bli, hri ni kauw pula g kafe.
Sahabat1: Bak sni 50sen? Kita dua turun.
Sahabat3: Ala ais je pun, kauw sorang la g bawah.
Sahabat1: Segan la, okay mcmni.. Klau bli nasik skit ka sy janji sy g sorang.
Sahabat2: Okay, Sahabat 3, suru dia bli nasi dgn lauk skali.
Sahabat3: "Mencari duit2 yang masih ada di dlm bilik,seluar,laci meja..cari punya cari jumpala dlm Rm9/-."
Sahabat2: "Gembira, senyum lebar."
Sahabat1: Okay, cukup ke?
Sahabat3: Ambik hp dan kira bajet lauk guna kalkulator yg ada dlm hp. Okay jgn risau cukup tu.
Sahabat1: Pergi turun ke Kafe. Dah bli smua, baki tinggal Rm 2.10.
Sabahat1: "Dah sampai bilik letak makanan atas meja dan pulang balik baki yg lebih."
Sahabat1: Makanan dah sampai, jum makan.
Sahabat2: Habis dahulu makanan yg dia makan.
Sahabat1: Habis jgak.
Sahabat3: Last, pling last habis, tp lauk masih ada.
Sahabat1 dan 2: Nampak sngt yg dua ni lapar sngt2.
Sahabat3: habiskan lauk yang blum abis.
Moral: itu lah kehidupan kami tiga, kais pagi makan pagi, kaiz petang makan malam, haha... Susah sama susah, senang sama senang..
Tuesday, October 1, 2013
Aku, Batu Bata, dan Basikal
Ok entri kali ni saya nak cerita le sikit mcmna saya cari
duit dulu masa umur 11 tahun.
Tamat je sesi persekolahan pada hujung tahun 2005, Saya
dengan penuh semangat nak kerja dan dapatkan duit hasil titik peluh saya.. Masa
tu parents kerja jgak so mrka xda masa nak carikan sye tempat untuk bekerja.
Minggu pertama cuti saya cari la kerja di mana-mana kawasan
yang berdekatan dengan rumah saya. Untuk pengetahuan u all’s, tempat tinggal
saya dulu mmg dekat dengan kawasan kilang.. So cari punya cari.. Sy jumpa la
satu tempat ni, iaitu stor tempat penyimpanan barang- barang elektrik seperti
Peti sejuk, Penyaman udara, Kipas dan lain2 barang elektrik. Tempat tu jgak
dimana tempat pekerja membuat pemasangan semua jenis basikal dan pemasangan
mesin jahit. Sebab utama saya nak kerja di situ ialah nak buat pemasangan
basikal. Maklum la masa tu memang minat dengan basikal tp belum mampu lagi nak
beli, Cari kerja ni pun pinjam basikkal abg.
Parents penah pesan, klau nak cari kerja kene datang awl ke
tempat tu barula majikan nak ambik kita untuk bekerja. Hari Isnin, saya bangun
pukul 5 pagi, Selepas sarapan saya dengan rasa semangat trus ke tempat sy nk
minta kerja tu, pukul 7.30am saya dah terpacak di depan pagar bangunan tu.
Kerani dtg kat situ pun pukul 7.50am. Kerani tu pun tanya, “knp awl dtg? Nk bli
spare part basikal ke?” saya jawab tak tapi saya nak cari kerja. Slps tu dia
ckap tunggu big bos mrka sampai.
Lebih kurang dalam pukul 8.30am, Boss tempat tu dtg guna
kereta Mercedes, Ingatkan muda, skali tgk tua woo…. Lebih tua dari Datuk saya
kot, haha.. Apa2 pun saya dengan penuh rasa excited trus la tanya Boss tu, ada
kerja kosong ke x dan dia terima ke student kerja part time dalam 1 bulan
setengah? Boz tu ckap ‘u btul2 mau kerja kah?’ saya jawab ya dgn muka excited
sangat2, pastu dia suruh saya pergi ke belakang bangunan, bangunan stor tu agak
besar, lebih kurang dalam 500m jauh nya dari depan ke blkng bngunan.
Dah sampai di blkng bangunan, saya hairan kenapa la dia ni
bawa saya ke tempat batu bata yang banyak skali, x silap saya batu bata tu ada
dlam 2 bukit yang tingginya lebih kurang 150cm. Pastu boz tu ckap, saya nak
kamu angkat kesemua batu bata ni ke tingkat 3 bangunan ni, tangga untuk ke atas
satu je, kat depan bangunan tampat sy tunggu tu. Skali tgk punyer la jauh,
pastu nak kna angkat sampai ke tingkat 3. Boz tu cakap bata yang saya angkat
ni, dia kira 5 sen untuk satu bata, Satu bata 5 sen woooo…. Tapi bila saya
fikirkan balik, masa tu saya tak mengeluh pun, malah saya ckap OK je, maybe
masa tu first tme kerja kot.
Dan pada hari tu jgak la sy ni kerja angkat batu bata.. Saya
Cuma diberi satu guni sederhana besar dan troli kecil. First day kerja mmg
sronok, rasa sronok sebab diterima majikan, hehe… Pekerja2 yang sedia ada memang
ada masa tu, tp mrka buat pemasangan basikal, pasang mesin jahit dan hantar
barang ke kedai guna lori syarikat. Mula2 tu letak bata ke atas troli kecil,
letak dalam 3 baris keatas pastu tolak dri blkng bangunan ke depan bangunan,
agak berat tapi tolak jgak, xda sapa nak tolong kan, sampai depan tangga letak
batu yang kat troli tu ke dalam guni dalam 5 bata je, sbb masa tu saya mampu
angkat 5 bata skali ke tingkat 3. Klau tangga bangunan tu lurus je ke atas xpa
jgak, tp ni berpusing-pusing yo tangga tu. Sampai tingkat 3 susun bata tu ke
tepi dinding, susun memanjang ikut dinding bangunan tu.
Kawasan atas tu memang luas, besar lagi tu, boleh tempat
main bola futsal. HAbis susun macam biasa la g bawah lagi letak bata ke dalam
guni dalam 5 ataupun 4 skali bawa naik ke atas. Itu la dia rutin harian selama
kerja 1 bulan setengah. Dalam kita kerja mesti kita nak relax kan, tul x?? Apa
yang saya hadapi klau nak relax adalah, masa kerja tu dia x pesan, klau penat
relax la kejap,, tp sya sendiri buat masa relax dalam 5-10 minit duduk sorang2
kat atas tu. Kadang2 kantoi relax, kerani nmpk trus dia ckap sy ni x kerja,
saya masa tu x pandai nak marah2 org yang lebih tua. So sambung la kerja. Macam
biasa turun naik angkat bata, habis bata di troli ke blkng lagi ambik bata yang
bertimbun blkng bangunan tu.
Rutin-rutin kerja macam tu la, klau cuaca hujan, saya
disuruh menyapu kawasan luas kat atas tingkat 3 tu, kadang2 tu tengah nak ambik
bata ke blkng bngunan tu, sempat jgak curi tulang tgk stok basikal baru dan tgk
cara mrka pasang basikal. Masa kerja tu kan, ada satu lagu yang memberikan saya
semangat untuk angkat bata tu ke tingkat 3, iaitu lagu nyanyian Groove
Coverage. Antara lagu2 tu ialah lagu God is a girl, moonlight shadow, million
tears, 7days and 50 days.. ala lagu techno la smua tu, haha, kekadang tu
shuffle sorang2 kat atas tmpt saya susun bata2 yang dah diangkat tu. Boring kan
masa tu, dan masa tu tarian Shuffle sangat femes.
Minggu terakhir saya cuti tu kan, iaitu hujung bulan disember
2005 minggu tu jgak la kerja angkat bata tu selesai… Sedap mata memandang bila
Nampak kawasan yang penuh dengan timbunan bata sebelum ni jadi luas sngt2. Dan
petang tu anak kepada boz tu datang.. Masih blum kawin(x tahu la skrng) tp sama
la mcm bapak dia, nmpk tua, haha… Jantung berdebar2 bila anak dia tu kira semua
bata-bata yang saya angkat dan susun kat atas tu.. kira punya kira, jeng-jeng…
Kesemua jumlah bata tu lebih kurang dalam 270 smua bata..
anak tauke tu cakap dia jumlahkan 300 semua bata tu, kiranya 30 tu dia bgi up la
kan.. Tekan punya tekan kalkulator tu depan mata saya, (300bata X 0.5sen) so
jawapan nya RM 150/- je saya dapat dalam sebulan setengah angkat bata tu..
Dapat duit je, trus nak beli apa yang diidamkan selama ni,,
iaitu basikal kecik OSCAR biasa Rm 188/-, Rm38/- mak tambahkan masa tu. Beli
kat tmpt tu jgak.. Rasa tum mg happy sangat dapat beli basikal sendiri dengan
titik peluh sendiri. Dan sampai sekarang basikal tu masih lagi saya simpan
dalam bilik. Saya xnak basikal tu jadi besi buruk ataupun dijual secondhand sbb
saya sayang sangat. Ramai kawan yang minat nak bli tp tetap saya x jual.
Kalau boleh saya nak bagi anak saya guna basikal tu.( klau
ada jodoh kawin). Haha… Walaupun skrng basikal tu dah x diguna lagi sbb dah ada
motosikal, saya masih sayang kat basikal tu. Basikal tu jgak la peneman saya
ronda seluruh kawasan Sibu, Sarawak kecuali jalan sibujaya, teku, selangau,
bawang assan, tempat lain smua dah saya jelajah dengan hanya guna basikal tu..
Sayang sangat kat basikal kecik tu. Thanks Sudi baca entri kali ni.
Tuesday, September 24, 2013
Masuk PLKN
Pengalaman Sebelum, Semasa, dan Selepas
Saya dulu terpilih sebagai pelatih kumpulan 1 Siri 9/2012.
PLKN di Semenyih, Salangor.(Kem Setia Ikhlas Semenyih,Selangor –KEMSIS-
Sebelum PLKN: 31 Dis 2012 – malam tu, saya buat ayah marah,
sebab saya rasa saya x bersalah jadi saya bersuara dengan mak.. Saya luah depan
mak, pastu mak bgithu ayah pasal apa yang saya luahkan, saya tak ingt apa yang
buat saya dengan ayah bertengkar malam tu, Dan masa ayah membebel tu, dia ckap
macamni “kamu tu jgan nak kurang ajar, esok kamu pergi PLKN dekat semenanjung
lagi tu, ingat dekat kah” saya bila ayah bertengkar saya diam jer, saya bukan
jenis yang suka melawan cakap orang tua.
1 Jan 2013 – Pagi2 lagi mak bangunkan saya, sebab kena
berkumpul semua pelatih di Parking kereta depan Hospital Lau King Howe, Sibu,
Sarawak pkul 7am. Mak x dapat temankan saya ke tempat tu sbb kami masa tu belum
ada kereta, Cuma ada 1 motosikal, masa nak pergi dah tu dari rumah lagi saya
bersiap dan ayah jugak yang hantar saya ke tempat berkumpul para pelatih tu.
Ayah mula2 tu bawa saya ke tempat mereka kerja, mak masa tu dah kat tempat
kerja, sepanjang ayah hantar tu, ayah diam jer.. x banyak cakap.
Dah cium tangan mak, tgk wajah mak pun dah tahu mak Nampak
sedih, sebab saya akan ke semenanjung hari tu, dan mungkin mak masih ingat lagi
pasal saya kena marah malam tu. Lepas jer salam trus la ayah hantar ke tempat
berkumpul pelatih PLKN. Sesampai di tempat tu, ayah parking motosikal dia dan
dia tolong saya bawa beg saya. Saya bawa dokumen2 pendaftaran masa tu,
Semasa saya berbaris untuk pendaftaran.. saya jeling wajah
ayah dari jauh Nampak sedih, mungkin dia masa tu rasa bersalah sebab marah saya
malam tu dan pagi tu saya trus ke semenanjung. Habis daftar tu ayah Tanya masa
pendaftaran tu tiada masalah, saya jawab tiada dan tak lama pastu bas PLKN Sibu
datang nak hantar kami ke airport Sibu. Sebelum saya masuk bas tu Ayah cakap
nak balik dulu. Saya cakap ok, dan dia trus hidupkan enjin moto dia dan balik.
Masa tu saya belum lagi masuk dalam bas.
Pelatih lain saya Nampak smua parents tunggu anak dia masuk
bas baru mereka balik, ada yang tunggu bas jalan baru balik, tp ayah saya dulu
balik. Saya ada jgak terfikir, mungkin dia terlalu sedih sebab ingat pasal
malam tu dan pgi tu sy g jauh, mungkin dia rasa bersalah lagi sedih. Dah naik
bas tu, saya masih jgak sdih.. ingt psl mlm tu..
Sampai di KLIA, saya mesej ayah bgthu dah sampai KLIA, pastu
ayah call, saya jawab dan dia pesan supaya jaga diri, dan dia Tanya nak berbual
dengan mak, saya ckap x sbb kami nak dgr taklimat. Sebelum naik bas ke Semenyih
Selangor.
Sampai di Kem PLKN Setia Ikhlas, kami yang datang ni trus
kna tengking jurulatih. Saya biasa2 je masa tu.Sampai di asrama, jurulatih ckap
hp kna bagi mrka, hujung minggu klau xda aktiviti je boleh pegang.
Sebelum bagi hp tu saya kol parents ni dlu nak bgthu dah
selamat tiba di kem, hbis bgthu tu bagi hapla kat jurulatih.
Semasa PLKN: Hari berganti hari, minggu berganti minggu..
saya mula dapat selesakan diri di tempat org, di PLKN banyak yang saya belajar
benda baru. Mula2 masuk tu memang stress nak balik jer sbb boring kot. Tp dah 2
bulan di situ rasa seronok pula, Tiap2 pagi kna bngun awal solat subuh, habis
solat ada senaman, senaman habis ada masa breakfast dan buat persiapan ke
kelas, dalam kelas jgak kami belajar menjadi insan yang berguna kepada
masyarakat. Ada buat aktiviti, Solat memang 5 waktu sehari, sebelum ni mmg
payah nak solat. Sebelum solat ada berzikir, semasa setiap berzikir ni smua
benda sy fikir, firstly pasal parents yang ada di sibu. Saya rasa berslah
sangat2 buat mereka macam tu sebelum saya berangkat ke kem.
Klau diberi hp, mmg saya akan kol mereka.. nak bagithu minta
maaf, saya malu dan saya tak biasa bagithu mrka minta maaf.
Cuti tahun baru cina, saya balik d rumah abg, abg saya tinggal di rumah flat di jalan cheras masa tu. Slma sminggu duduk dgn abg.. Masa abg pergi ambik saya di Kem tu, kesian jgak dgn abg sbb abg terpaksa buang duit nak masuk ke semenyih dgn kereta sewa yang ajak mahal tambangnya. Sampai kat kem pun pukul 10pm, kesian jugak tgk dia,, sampai kem ada la jurulatih ni Tanya abg dah makan belum, abg ckap belum dan jurulatih tu ajak abg makan dulu sebelum balik. Tgk abg makan masa tu memang Nampak lapar, mungkin masa dia nak ambik saya, dia x makan dan sanggup tahan perut tambahan lagi kena kluar duit lebih nak masuk ke kem.
Cuti tahun baru cina, saya balik d rumah abg, abg saya tinggal di rumah flat di jalan cheras masa tu. Slma sminggu duduk dgn abg.. Masa abg pergi ambik saya di Kem tu, kesian jgak dgn abg sbb abg terpaksa buang duit nak masuk ke semenyih dgn kereta sewa yang ajak mahal tambangnya. Sampai kat kem pun pukul 10pm, kesian jugak tgk dia,, sampai kem ada la jurulatih ni Tanya abg dah makan belum, abg ckap belum dan jurulatih tu ajak abg makan dulu sebelum balik. Tgk abg makan masa tu memang Nampak lapar, mungkin masa dia nak ambik saya, dia x makan dan sanggup tahan perut tambahan lagi kena kluar duit lebih nak masuk ke kem.
Habis makan abg minta jurulatih hantar kami ke KTM Selangor,
sebab dah pkul 10pm suku, xda lagi kenderaan. Nasib staff plkn tu nak
hantarkan. Smpai di KTM abg blikan tiket dan kami dua naik KTM tu smpai ke Chan
Siew Lin (klau x silap) sbb nak transit naik LRT lagi untuk sampai ke pandan
jaya. Alhamdulillah malam tu sampai rumah jam 12am. Selama sminggu saya
ditemankan oleh abg jalan2 ke sekitar Kuala Lumpur.
Habis je cuti tu, abg nak hantar saya ke kem tu lagi ada
problem lagi, nak masuk ke dalam kem tu jauh, nak jln kaki memang x larat la,
saya dan abg cri kereta sewa yang murah utk bawakan saya ke Kem tu, abg x ikut
lagi sbb dia cakap duit dia ckup je tinggal. Jadi tmbang sewa kereta yang
hantar saya tu abg yang bayarkan.
Sampai di kem, saya masih berkesempatan ikut kawan2 guna bas
PLKN ke negeri Sembilan, dan tempat lain masa tu.Dan habis cuti kami mula buat
aktiviti seperti biasa di kem tu. Sebelum balik ke Sarawak, abg hari ahad tu
nak hantar barang untuk saya bawa balik, dia suruh saya jumpa dia di jalan
utama masuk kem tapi saya ckap xdpt sbb kami mmg x dpt kluar kem, Cuma pelawat
boleh masuk tp kmi pelatih x dibenarkan kluar kem, lagipun masa tu saya tengah
bertugas. Abg sampai jalan kaki nak hantar barang tu pada sy, sbb xda duit nak
guna krta sewa.. Abg masa tu adalah marah sikit sbb sy x ikut ckap dia tp apa
boleh buat, keadaan saat tidak mengizinkan. Sampai di Kem jgak abg masa tu, dia
bagi barang dan trus balik, mungkin tgh marah, saya nak bagi duit elaun pertama
saya untuk belanja dia balik ke KL tapi dia menolak, rasa bersalah pun ada,
rasa macam saya ni menyusahkan pun ada.
Selepas: masa nak balik ke Sarawak, kawan-kawan yang dari
semenanjung memang menangis nak tinggalkan kami.. saya pun xnak menangis tapi
xdpt tahan airmata jgak mengalir, sampai di KLIA, rasa macam xnak balik sbb
seronok PLKN, tp rasa kuat jgak nak balik sbb setelah sekian lama x jumpa
parents. Memang rindu sangat.. Sampai saja di Sibu, diman tempat kami mula2
berkumpul masa tu, ayah pun sampai jgak walaupun lambat. Dan ayah pun dah ok
dah, x mrh2 lagi. Setiap apa yang saya lalui ini memang banyak pahit manis.
Hanya Tuhan saja yang tahu situasi masa tu. Dan itulah kali terakhir saya buat
parents saya marah. Selepas ni apa2 salah silap saya xkan lawan walaupun bukan
salah saya. Sebab mereka lah Ayah Ibu kita satu satunya di Dunia ini. Nasihat
saya ialah jagalah dan jgnlah melawan Ibu dan Ayah kita.
Pertama kali berkenalan dengan perempuan
Kisah ni berlaku pada waktu malam, dan pukul 8-10pm. Tarikh
masa tu dah lupa sebab kisah ni agak lama, mungkin masa tu saya berumur 5-7 tahun, sekarang dah 19 tahun. Nak
diceritakan kisahnya macamni.
Seperti biasa kedua-dua parents kalau dapat gaji trus ke
pasar, abang dan adik masa tu saya dah tak ingat mereka di mana tp yang pasti
parents sy ni bawa saya skali ke pasar bersama mereka. Kami masa tu guna
motosikal, maklum la parents masa tu kerja kilang..belum mampu nak bli kereta.
Jalan punya jalan, dalam pukul 9pm mcm tu, parents saya ni singgah di taman
permainan dkat Esplanet, Sibu Sarawak. Masa mereka borak2 ni, mereka ada suruh
saya ni main dkat taman permainan tu, saya pun masa tu jenis yang tak banyak
cakap. Pergi je la kat taman tu.
Masa sya tgh duduk dkat taman permainan tu, masih saya ingat
ada seorang budak perempuan, mungkin lebih tua dari saya, saya pun kurang ingt
dah.. perempuan tu klau x silap sy dia guna baju gaun putih, rasanya la sbb dah
lma sngt kan.
Ohya nak bgithu jgak masa tu saya belum tahu sangat nak
berkomunikasi dalam bahasa melayu. Sbb saya biasa Cuma dengar parents bertutur
dalam bahasa melanau, saya ni bangsa melanau. Dah la saya ni pendiam, budak
perempuan tu tetiba datang dan duduk di tepi saya di taman tu, x tahu la dia
dari mana.
Bila dah duduk perempuan tu tanya la saya, dengan siapa saya
datang, saya diam dan tunjuk jer parents saya yang duduk dalam 100m dari jarak
kami berdua. Pastu perempuan tu Tanya nama saya, saya masa tu diam je (x tahu mcmna
nak jawab sbb x tahu lagi nak berkomunikasi) pastu prmpuan tu stop Tanya dan
kami main permainan dkat taman tu sama-sama.
Tengah syok main permainan dkat taman tu, dalam 30 minit
pastu parents sy ni panggil dan cakap balik rumah, saya pun masih kecik, ikut
je arahan parents dan perempuan tu senyum tapi saya tak tahu knapa saya berat
nak tinggalkan perempuan tu, perempuan tu penah ckap,” jumpa lagi” saya cuma
senyum tapi memang berat rasa nak balik.
Dah duduk kat depan motosikal, masa ayah dah tunggang tu,
saya masih lagi tengok perempuan tu di taman permainan tu dan angkat tangan..
macam melambai. Saya pun masa tu x da perasaan. Tp rasa sedih, tak tahu la
knapa.
Sampai sekarang pun saya masih lagi ingat kisah tu dan saya
berharap sampai ke hari ni supaya saya dapat dipertemukan balik dengan
perempuan tu. Dalam seminggu saya mesti ingt kisah ni dan berdoa supaya saya
jumpa balik dengan perempuan tu.
Saya dah tak tahu macamna saya nak cari budak perempuan tu
sebab kisah tu dah lama berlalu, mungkin dia dah besar dan tak ingat kisah ni,
mungkin jgak dia dah meninggal, atau mungkin apa yang saya Nampak tu bukan
manusia tapi makluk lain. Yang saya ingat masa tu rupa dia, rambut dia x la
panjang, mungkin paras bahu, putih dan suka senyum.
Pernah nak Tanya balik kat parents pasal hal ni
tapi bila difikir balik memang mereka tak ingat sbb parents ni bnyak lagi benda
nak diingat. Jadi apa yang saya buat ialah saya Cuma mampu simpan cerita ni
dalam hidup saya. Sekian. Thanks sebab sudi baca kisah saya ni.
Wednesday, September 11, 2013
Bermulanya 'post' saya yang pertama
Sebab utama saya membuat blog ini adalah untuk meluahkan rasa yang terpendam didalam hati ini.. Selalunya post di FaceBook, dan WeChat..Tapi saya rasa apa yang saya post ini lebih baik dipost ke dalam blog supaya ini boleh mengelakkan salah faham antara keluarga dan kawan-kawan. Publish pada 09:59AM 11 Sept 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)